Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Salam.. Khamis.. 29 Disember 2011


Dengan lafaz BismillahhirRahmanNirRahim... Aku kembali bermonolog di sini...



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Aku kembali kini...



Aku kembali disini...
Berbicara tentang isi hati..
Bermonolog seorang diri..
Meneruskan minat yg sudah sebati..
Menulis dan meluah refleksi sanubari..

Aku kembali...
Biarlah kini tanpa pembaca..
Biarlah kini tanpa pengikut setia..
Biarlah ku membebel tanpa pendengar setia...
Aku puas....

Aku kembali lagi..
Kembali mencari rentak dan irama..
Kembali mencari madah dan seloka..
Agar ianya dapat mengimbau nostalgia....

Aku kembali kini...

Melangkah pergi….


Ada ketikanya…
Apabila sering dituduh berpura-pura..
Hilanglah semangat meneruskan bicara..
Ada ketikanya
Apabila kejujuran dianggap lakonan terhebat…
Hilanglah keikhlasan yg sekian lama tertambat…
Ada ketikanya…
Apabila keikhlasan merindu dianggap bernafsu..
Hilanglah rasa sayang yg s elama ini tak pernah palsu….
Ada ketikanya..
 Apabila pemergian dianggap sengaja direka dan dibuat…
Hilanglah kepercayaan dan setianya seorang sahabat…
Ada ketikanya…
Apabila kegembiraan mula pergi…. Kesepian melanda diri..
Ketika itu sedarlah… aku telah melangkah pergi….

Bercerita Tentang Alam...

Delima Merah kesayangan aku....

Landskap Kesayanganku.... Konsep Ikut Suka Aku... (ISA)

Merah... Tetap menarik perhatian aku..



Malberi dah kembali berbuah...

Pucuk Janggus 



Aku Demam



Ari ni masih demam... mcm biasa..aku hanya akan guna kaedah tradisional... sbb aku ni alergik dgn beberapa ubatan kat klinik n farmasi terutamanya yg ada kandungan Ponstant..... silap telan..mata leh bengkak.. So..aku selesa guna kaedah aku sdiri... Selalunya kalau demam aku akan mandi daun bunga raya putih.. Tapi ari ni aku nak try lak buah malberi yg aku tanam kat umah aku nih... kebetulan lak buah tu sedang merah2.... yummy! Sebenarnya ari tu aku slalu amal buah ni kalau demam.. sebab ia akan kuarangkan panas dalam badan.... Ok la... ni la serba sket pasal buah Malberi nih...


Malberi atau dalam B.Inggeris Mulberry atau saintifik Morus Alba. Dahulu pokok ini di bawa ke Malaysia untuk projek Ulat Sutera Di Terengganu.


Pokok Malberi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri bukan sahaja untuk ternakan tetapi juga untuk manusia. Tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional negeri Cina sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini boleh dimanfaatkan.Buahnya yg masak dibuat jem atau dimakan mentah, daunnya dijadikan teh, batang serta akar dijadikan rebusan untuk diminum.Khasiat : 


1. Mengelakkan penyakit kencing manis 
2. Mengurangkan tekanan darah tinggi 
3. Mengurangkan kolesterol dalam darah 
4. Mengurangkan berat badan 
5. Mengurangkan asma 
6. Menguatkan tenaga 
7. Mengandungi Vitamin A, B1 & B2 
8. Mengandungi 18 amino asid 
9. Kandungan kafein kurang dari 0.01% 
10. Menggelakkan penyakit KANSER 
11. Mengandungi KALSIUM tinggi dan menggelakkan pereputan tulang. 

Selamat Tinggal Sony Cybershot

 Selamat Tinggal Sony Cybershot


Selamat Datang Kodak Easyshare M530...

Bulan ni...rasanya aku perlu tukarkan kamera aku nih... ye la.. dah puas si Syamil tu baling.. dah puas dia hempuk ke lantai.. hahahahha.. So,harap2 kamera baru nih selamat laaa......

Sebenarnya aku ni teringin guna kamera DSLR... tapi memandangkan aku ni sendiri susah nak bagi komitmen yg tggi kat benda2 macam tu..so,rasanya elok je aku guna yg biasa2... lagipun senang nak guna n harga berpatutan... orang yg ekoNOMONEY mcm aku....elok guna yg biasa2 ajaaaaaaaa.... :P

Al-Fatihah Buat Tok.....



Lama aku tak menulis... macam2 aku nak tulis sbenarnya.... tapi kekangan masa dan komitmen tugas yg watkan aku amat payah nak ngadap blog usang aku nih....
Cuti sekolah pun dah berlalu.. tapi cuti sekolah kali ni... rasa sangat padat dengan aktiviti dan emosi yang berselerak mengambil tempat memenuhi ruang kosong kepala otak aku nih...

Jumaat sebelum cuti... hati dah mula rasa tak best.... tak tau kenapa time tu rasa lain... cuma aku tolak ketepi.. buang jauh2 prasaan time tu... tak share dengan sapa2... nak wat camna.. dah itu memang cara aku.. apa skali pun.. amat payah nak share dgn org lain.. lebih suka bermonolog seorang diri.. biar aku je yg paham apa aku fikir... biar aku je fikir apa yg aku paham... (",)

Awal pagi Sabtu (bermulanya cuti sekolah penggal pertama) kira2 jam 3:45 pagi.... aku terima panggilan dari adik aku.. "Abang.... mai hospital cepat! Tok lorat (nazak) dah" ....... Fuh!! Panik..terkejut..terkedu smua ada... prasaan yg bercampur baur... antara mengantuk..dan berfikir kesahihan berita.. Rasa macam mimpi... Aku col adik aku balik... Ya! Bukan mimpi! Tros aku kejutkan wife.. bawa anak2.. tinggalkan anak2 kat umah mertua (sib baik la umah mertua dekat)... tros aku p spital dgn wife... Kul 4:30 pagi...aku smpai di Hospital Seberang Jaya... Semua sedara mara mula memenuhi ruang kaki lima wad 8 (CCU).. Macam2 prasaan ada time tu.. Aku tros antaq SMS kat rakan sekerja..bgtau aku x dapat hadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG dan klas tambahan PDCA pd pagi tu...

Tok dah x sedar... mula koma...kami semua berkampung disitu... aku pun antar wife aku balik utk jaga anak2 aku sb kebetulan mak mertua aku pon x sihat... Fuh! Letih..ngantuk smua ada.. lpas antar wife..aku kembali semula ke spital..

Bermula lah episod berkampung di spital.. Aku dan sedara mara yg lain pakat tido kat spital.. bergilir2 ngaji utk Tok.. Aku sempat gak balik ke kampung utk uruskan majlis bacaan Yassin utk Tok kat masjid.. Abih smua...aku kembali ke spital.. tros jaga Tok lagi... walaupun x leh 24 jam dok tepi katil... dok kat luar wad tu pon jadi la...

Ahad malam...dalam jam 9 malam mcm tu... Doc dah panggil kami smua sedara mara...bgtau yg Tok dah x de harapan lagi.. kami semua dah boleh mula kumpulkan adik bradik.. Fuh!!!!!!! Hati runsing.. jiwa kacau...!! Bertekad tak mau tdo malam smua.. masing2 nak ngaji kat Tok.. Doc izinkan kami masuk berlima serentak utk ada disisi Tok.. Ntah camner... malam tu...smua jadi ngantuk sgt2... Pelik.. aku dan Pak Sedara aku pd malam2 sbelum ni x tdo malam.. tiba2 kami antara yg terawal tdo... Ermmmmmmmm... Sedar2 azan Subuh..
Lepas Subuh.. aku kuatkan semangat utk ke sekolah...sebab aku perlu hadirkan diri ke Kem Teknik Jawab Soalan Sains.. Walaupon dalam hati berat nak p... tapi dah pk kesian budak2 yg datang.. aku gaghkan diri gak...

Sampai kat skolah... kebetulannya si penceramah pon x dtg...sebab ada kematian sedaranya... hati aku tiba2 rasa x sedap.... Memandangkan penceramah tu x dpt dtg...so, aku pk aku yg kna amik alih.. Sebab program tu dah lama dirancang...dan mmg budak2 aku amat perlukan program tu.. baru je aku masuk dewan.. duduk depan budak2.. aku dapat col... "Abang... Sabaq na.... Tok dah TAKDAK!!!......"
Tergamam... ralat... terkilan smua ada... Kalau lah aku tak mai skolah pagi ni............... Ermm..Aku tros ke spital.. Sepanjang perjalanan... mcm2 soalan main dlm otak.. aku mula bermonolog... Salah aku gak.. nak sgt mai skolah pagi ni.. Hmmm... Sangat ralat x dok disisi Tok time dia hembus nafas terakhir... Aku ralat..sebab dulu pon arwah Abah aku meninggal pon.. aku x dak kat sisi dia...

Sampai di hospital... smuanya aku tgok mata dah merah... aku tau... smua org sedih.. aku pon sedih... Aku mintak jenazah di bawa balik ke rumah aku di kampung... Alhamdulillah... jenazah Tok disemadikan bersebelahan kubur arwah Wan dan arwah Abah...
Hari ini.... aku redha dgn pemergian Tok... Al-Fatihah...

Terima Kasih buat doktor2 yg sgt komited dan jururawat yg merawat  arwah Tok di sepanjang arwah di wad 6 dan 8... dan sedikit pesanan buat jururawat... harap anda lebih bertimbang rasa dan menjaga tutur kata saat anda melayani "orang kampung".... jangan fikir anda keja kerajaan..anda boleh dabik dada.. kerana aku juga kakitangan awam...cuma bezanya... aku masih reti hormat orang tua yg dari kampung! Contohilah si doktor..walaupun dia doktor...dia masih tahu hormat org kampung dan masih tahu menjaga budi bahasa serta menghormati bacaan Yassin saat org nazak....

Tok Jah Sakit....


Moga Tok Jah cepat sembuh... 

Puteriku Sayang ada photoshoot!!!!!!!!





Anak Ayah!!!


Rabu....
Ketika aku sedang bermesyuarat bersama Ketua Sektor Unit Peperiksaan dan Penilaian JPN kat Penang... dapat 1 MMS...dari wife... buka je MMS tu....Fuh!!! terkejut..tros aku col wife..apa dah jadi...  
Syamil jatuh... kna jahit kat dahi.. 2 jarum.. Astaga... Lepas wife aku bgtau smuanya dah ok.. n kbetulan  meeting pon dah abih...tros la balik.. Kebetulan lak jalan jem! tggu feri..adeh.. time puncak la..orang kalut balik keja....

Ermmmm...sepanjang malam pantau Syamil ja.... 
Hari ni ke sekolah mcm biasa... sebab ada agenda yg perlu diselesaikan.. menerima kunjungan dr JPN dan PPD... kami berkampung dlm bilik mesyuarat dr jam 8:45 pagi smpai 1:00 ptg... cuba utk menyelesaikan Projek Rintis KSSR PJ/PK Tahun 1... Rabu depan..23 Febuari.. akan menerima kunjungan dan pemantauan dari Lembaga Peperiksaan dan Unit Kualiti dr KPM, KL.... Adehhh... 

MODE -----> Semak kepala!!!!!!!!  

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011


TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011

UPSR
Ujian Bertulis     13 - 15 September 2011 (3 hari)


PMR
Ujian Bertulis     4-6 Oktober 2011 (5 hari)
11 - 12 Oktober 2011

SPM
Amali

Ujian Bertulis     

14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)

STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis     

20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
21 November 2011 - 15 Disember 2011

STAM
Ujian Lisan     11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis     12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan

Ujian Bertulis     15 -17 Jun  2011 (3 hari)

13- 14 Jun 2011 (2 hari)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari)


* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346
 

Selamat Ulangtahun Ibuku....

25 Januari..... Ulangtahun bonda tersayang.... Zubaidah Hamid.. Tiada kata2 indah mampu aku gambarkan kerana tiada yg paling indah selain wajahnya..kasih sayangnya... kecekalannya...kesabarannya...  dan kemuliaan hatinya.... Melalui blog usang aku nih... Sedikit coretan.. Sedikit nukilan... Aku bermonolog lagi....Khas untukmu Ibu...

Ibuku...
Pernah ku tak endah...
Pernah ku anggap remeh...
Segala kata-katamu...
Segala nasihat dan teguranmu...

Ibuku...
Pernah ku merisaukanmu..
Pernah ku buatmu menangis..
Lantaran perangai nakalku..
Kedegilanku dan sikap tak peduliku...
Akan segala pesananmu...

Ibuku....
Ku tahu dirimu puas menangis..
Ku tahu dirimu bukan pengemis...
Yang menuntut budimu dibalas...
Demi susumu yg sebati dgn darahku yg mengalir bebas...

Ibuku...
Pemergian arwah Abah di atas ribaanmu...
Sangat menduga semangat kentalku...
Kutahu dirimu juga sangat lemah untuk menerima dugaan itu..
Aku juga tak mempercayai pemergiannya saat itu..
Hinggalah dirimu sendiri yg menenangkanku...

Ibuku...
Demi Allah...Aku tak mampu melihat dirimu menangis..
Demi Allah Aku tak cukup kuat melihat airmatamu menitis..
Namun aku perlu kuat untuk beri semangat pada dirimu..
Aku perlu lindung perasaan sedihku tanpa ada siapa yg tahu....
Semua ini demi sebuah senyuman dari bibirmu...

Ibuku..
Tiada kata atau janji manis dapat ku ucap..
Tiada nyanyian merdu dapat kunyanyi utk menzahirkan apa yg tersingkap...
Biarlah ku gembirakan hatimu biarpun ada ketikanya kesedihanku juga masih terperangkap...
Demi senyumanmu itu...aku cuba menzahirkan kasih sayangku sebelum nyawaku direntap...

Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak.....
Abang tetap sayang mak...seumur hidup abang....






Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pusat Sumber 2011

Pagi nih....datang awal ke sekolah.. sebab aku terlibat dgn satu majlis... Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pusat Sumber 2011.... Majlis ni akan dirasmikan oleh pegawai dari IPD Kepala Batas...merangkap bapa angkat sekolah aku... Aku terlibat sebab aku antara AJK Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah.. dan secara khususnya..tugas aku adalah memantau segala pergerakan dan kelancaran tugas pengawas... Fuh! Tugas oh tugas! 
Hari ni agak kelam kabut sebab pagi kna pakai kemeja.. n lepas perhimpunan n majlis nih..aku kna salin ler plak..pakai baju sukan..coz ari nih aku ada PJ.. Sbenaqnya aku ajaq PJ setiap hari... Isnin sampai ler Khamis.. Memang uniform rasmi aku adalah t-shirt n  track bottom je.. Tapi kna lengkap ler berkasut sukan ye. Coz protokol kna jaga gak... Etika kna tau..baru orang x bunyi... Hahahaha.... Pepun aku selesa dgn jadual mengajar aku di sini... Okey la.. tak tau nak tulih pe sangat.. Hanya nak upload pic majlis td je...

Barisan Pengawas mula mengambil tempat

Orang kuat Unit Disiplin  (En.Azmi - Baju Hitam) dan Coach Bolasepak (En.Zanyl)

Watikah Perlantikan disampaikan oleh En.Ayob (Pegawai dari IPD Kepala Batas)

Bacaan ikrar Pengawas 2011

Selamat Bertugas!!!


*Sori kualiti pic kurang memuaskan coz amik guna enset cap ayam...  :P

Jika anda sakit kepala....


Kebelakangan ni..ramai yg sakit kepala.. aku pon sama... hehehhe.. so.. lepas aku merayau2 kat mcm2 sumber..aku try cari petua camner nak legakan sakit kepala nih.. so, aku himpunkan kat sini.. sebab kaedah2 yg aku amik ni..rasanya senang nak buat.. Selamat mencuba.... Ada 7 petuanya.. So, leh pilih mana2 yg anda rasa sesuai dan mudah untuk anda buat... Pepun, ini hanyalah sekadar petua.. sila berjumpa doktor jika anda mengalami sakit kepala yg berpanjangan....
  1. Sebaik bangun dari tidur, cuci muka terlebih dahulu sebelum gosok gigi. Oleh itu, kita akan jarang dapat penyakit ini.
  2. Ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari. 
  3. Ambil buah limau kasturi beberapa biji....lagi byk lg segar.....basahkan kepala waktu mandi. Perah limau atas kepala (korang akan rase kesegarannya),,, Ramas2 kan pada rambut,,,,
  4. Ambil daun lemuni ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala. 
  5. Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja. Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri. Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.
  6. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
  7. Ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya

Tahniah.....

Kadang- kadang...
Kita tak perasan...
Ada yg memerhati dalam diam..
Ada yg membaca dalam diam...
Ada yg mengulas menyimpan perasaan...

Kadang-kadang...
Kita ingatkan diri supaya terus menulis..
Menulis cerita yg bermain di fikiran...
Menulis cerita yg berlegar di ruang rindu..
Menulis cerita pengalaman yg terdetik di hati...

Tapi...
Kadang-kadang juga kita bermain emosi..
Kadang - kadang juga kita ingin berdiam diri...
Kadang-kadang juga kita tak mahu orang tahu isi hati...

Namun...
Apa juga tafsiran kita pada diri...
Apa juga pendapat kita tentang sekeliling..
Kita tetap kita..
Mereka tetap mereka....
Teruskanlah  menulis apa yg terdetik..
Agar ketapang sentiasa meredupi kepanasan...
Agar terpamer pelangi di watu petang....

Kesedihanmu... Kesedihanku....

Gambar Hiasan 

Firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah, ayat 215 yang bermaksud (Terjemahan dalam Bahasa Melayu, Tafsir Ar-Rahman):


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda,
1. Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di surga seperti dua jari ini. (HR. Bukhari)
Penjelasan:
(Rasulullah Saw. menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya).
2. Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)




Aku......
Aku dah kehilangan abah yg paling aku sayang...
Aku sangat sedih kenangkan nasib aku...
Aku redha dalam keterpaksaan...
Aku masih ada bonda utk ku luah dan menikmati kasih sayang...


Tapi... bertuah kah aku?
Bernasib baik kah aku?
Sebagaimana insan lain di sekelilingku?
Insan- insan dalam suasana baru ku?


Hati aku berbisik...
Hati aku meronta ingin tahu...
Aku bertemu dengan mereka..
Aku bertentang mata dengan mereka...
Aku bersedia mendengar cerita mereka...


Mereka mula bercerita...
Ingin ku berkongsi derita...
Namun.... cecair jernih menyapa mata...
Demi Allah! Mereka sangat derita....


Insan pertama ibunya di penjara...
Si ayah hilang entah kemana...
Menitis air mataku saat dia cerita..
Apabila ada insan memerli dan berprasangka...


Insan kedua ibunya dah tiada...
Hanya ayah dan nenek tempat berkongsi cerita..
Namun si ayah enggan memelihara...
Lalu meninggalkan dia untuk sementara...


Insan ketiga tak punya lagi bapa...
Langsung tak tahu apatah lagi bersua...
Ibunya  sahaja penawar jiwa..
Ibunya melahirkan tanpa tahu siapa bapanya...


Insan keempat tak punya siapa...
Langsung tak beribu ataupun berbapa...
Airmatanya menitis saat bercerita...
Sering menangis sendirian hingga subuh menjelma....


Mereka tidak senyum apatah lagi tertawa...
Mereka diam malu bercerita...
Mungkin takut nasib dijaja...
Aku diam tanpa bersuara...


Aku gagahi mendekati mereka...
Aku tersentuh merenung muka...
Aku tergamam betapa seksanya mereka...
Aku kagum kekuatan mereka...


Aku malu pada diri aku..
Aku pernah rasa malangnya nasibku...
Rupanya ada lagi yg lebih teruk dari aku...
Ah! Bodohnya aku!


Tiada kata manis dari bibirku...
Tiada janji indah untuk mereka dari diriku..
"Cikgu sayang pada kamu" itu je yg ku mampu...
Kerana aku tak sanggup menahan sebakku....


-NORT-13/01/11-

Terketaq!

Hari Kedua persekolahan.... 4 Januari 2011..

Hari ni penuh keceriaan datang ke sekolah... Waktu pertama aku, Pend.Jasmani kelas 3 Arif.. hehehhe..lama x ajaq PJ... rasa puas... bsemangat kembali slepas setahun bercuti dari mengajaq subjek nih... Siap iring bebudak naik semula ke atas kelas td... 

ni ler budak tu.. kesian sgt aku tgok dia td dok takut kat aku...

Pastu.. subjek Pend.Kesihatan... 1 masa je. Darjah 2... ntah nape la td time cikgu kluaq dr klas tu..sebelum aku masuk (pdhal aku dah kat luar kelas... ) ada la sorang budak nih nakal semacam je... siap panjat2 meja... Arghhh! sungguh menduga aku nih! depan mata aku lak tu! X pe...relax...relax... aku hanya tinggikan suara je td kat budak tu.... no touch n go..okeh! malas nak start sentuh budak... then budak tu ok jap... oic...budak baru gak rupanya dia nih! Pagi ni baru start kat skolah nih... Patut la... yang aku pelik nya.. tiba2 ada sorang budak pompuan bgtau... "Cikgu...ada orang  ketaq!" Eh! Nape plak nih.. pdhal aku marah budak lain td... n budak tu pon muka selamba je... x de reaksi tketaq2 pon... Oooooooooooo...budak lain la plak... ishh.. lain yg aku marah.. lain plak yg takut.. aku tgok budak tu...smpai menggigil badan dia.. tketaq... huhuhuhu.. aku tanya dia.. "Awat nih?" Dia nak nangis la plak.... adus!! Aku tanya dia lagi.. "Takut saya ka...?" Dia cuma menganggukkan kepala. hahahaha.. aku tergelak... "Saya tak marah kamu.. jadi,kamu tak perlu la takut dengan saya... saya hanya marah kat orang yg nakal dalam kelas..." Adeh... macam2 lagi la ayat skema aku terkluaq tadi.. pujuk punya pujuk..baru budak tgu okeh... Sib baik la Pend.Kesihatan tu setengah jam je. Aku ni garang sgt ka? Hahahahaha

Abih sesi P&P di situ... rehat je la...smpai balik.. tapi td time nak balik, aku yg berada dlm bengkel KH... tdengaq ada budak2 dok bergosip tepi tangga yg dekat dgn bengkel KH tu... "Wei...cikgu yg ajaq Sains kita tu garang no!..." Aku ushar je dr tingkap yg tbuka sket tu... oooo..murid djh 6 rupanya.. Alamak... klas yg aku ajaq kemarin! hahahaha.... Then ,yg sorang lagi plak balas..."Tu la... muka x mau senyum langsung! Seriau aku tgok dia.." Ishh bebudak nih! Sempat plak nilai aku camtu.. hahaha.. 

Hari Pertama Persekolahan 2011





Selamat Pagi Cikgu! Assalamualaikum Cikgu! Ucapan yg ringkas... tapi amat bermakna di pagi hari Isnin.... Baru aku sedar.. 3 Januari 2011... kini,aku dah di sekolah baru... persekitaran baru... anak murid dan rakan kerja yg baru... mana mungkin aku lupa teman sekerja dan anak muridku di sekolah lama.... Masih berbekas kenangan indah bersama mereka....

Hari ini... 3 januari 2011...

Perhimpunan pagi berjalan lancar... walaupun mengalami sedikit gangguan gara2 kerosakan yg tak disangka2 pada PA system. Mohon ampun ye smua parent yg dtg mngiringi anak2 Tahun 1... Semuanya dluar jangkaan kami. guru Besar hanya mperkenalkan kepada murid2 kewujudan guru baru di skolah tu.. smuanya 4 orang.. Syukur.. x yah nak berucap perkenalkan diri. hahahah.. aku ni memang blur sket kalo time naik pentas utk berucap...

Selesai perhimpunan tros ke Kelas 4 Amal... amik kedatangan.. cari kerusi meja yg masih x cukup. Fuh! letey gak la.. x pe... adat la cikgu baru... Tapi aku tak kisah dah... Hari ni.. aku start masuk kelas 2 ARIF.. ajaq Pendidikan Kesihatan... tiba2 je lpas sesi suai knal.. aku ajak murid2 nyanyi lagu "Kalo Rasa gembira Tepuk Tangan".. hahahaha.. bebudak pon layan je aku nih... wajah takut pon ada kat muka diaorg.. mayb aku ni guru baru..n aku lgsg x senyum kat murid2... Ye! memang itu cara aku stiap kali sesi persekolahan di sekolah baru.. Yg musykilnya... gembirakah aku smpai nak p nyanyi lagu tu? adakah terbawa bawa kegembiraan sang pelangi yg hadir di petang hari? ishhhhh! Bernostalgia le plak... 

Lepas rehat.. start kelas Sains di 4 Amal..pastu tros ke 6 Amal.. huh! memang beramal la aku ari nih... Rumusan hari pertama yg aku dapat buat di sekolah ni.. murid2 x la trok sgt disiplinnya.. masih reti takut jika aku tinggikan suara.. masih reti dan faham bila aku tak senyum... Esok..relax sket.. 3 masa je.. hanya PJ n Pend Kesihatan je... memang sempoi la.. lama sgt aku x ajaq PJ rasanya... dah setahun sejak aku ke SJKC..pdhal sebelum ni aku Setiausaha Sukan yg setia memartabatkan sukan kat skolah.. tp x pe la..malas nak ingat dah benda yg lepas....

Semoga aku bahagia disini.. semoga sang pelangi tak jemu mengunjungi aku selepas hujan di petang hari.... 


Pelangi Petang...



Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Senyuman Seorang Sahabat...



Sahabatku...
Hadirmu buatkan hatiku kembali berdetik...
Senyum tawamu kembali mengusik...
Biarpun persahabatan seringkali terusik...
Biarpun perpisahan pernah berbisik...

Sahabatku...
Senyuman manismu azimat hidupku...
Gurau sendamu penawar dukaku...
Tangisanmu dulu umpama racun bagiku...
Keperibadianmu itu penambat hatiku...

Sahabatku...
Biarlah ku bermonolog disini...
Biarlah ku meluah isi hati... 
Inilah diriku yg pernah kau kenali...
Tak pernah sikit pon berubah hati...

Sahabatku...
Pintaku padamu sebelumku mati...
Sayangi lah aku sepenuh hati...
Rindulah aku tanpa henti...
Kerana aku ikhlas bersahabat denganmu seikhlas hati......


*Monolog Dari Aku..

Aku sayang sahabatku...

‎Nilai PERSAHABATAN...
Tidak akan CAIR di musim panas...
Tidak akan BEKU walau di musim dingin....
Tapi akan senantiasa MEKAR walaupun bukan di musim bunga...
Hargailah sebuah PERSAHABATAN...
SAYANGIlah bila bersama...
MAAFkanlah bila bersalah....
RINDUIlah bila berjauhan...
FAHAMIlah bila keliru...
NASIHATIlah bila ada kesalahan... 
Aku sayang sahabatku.....


Salam Tahun Baru 2011... Sekolah Baru Aku! Azam Baru Aku!


Pagi - Aku ke sekolah.. ada Orientasi Murid Tahun Satu... sebenarnya di sekolah aku ni ada murid2 yg dari Rumah Kebajikan Bakti... (Anak2 Terbiar/Yatim / Susah) ..Tadi.. aku tengok muka murid darjah satu... comey je.. ada 5 orang di Tahun Satu... bersih wajahnya... fuh! tiba2 rasa kesian... kecik2 dah stay situ.. Tak pe la.. Harap mereka akan berjaya dalam hidup kelak.. Kesusahan dan kepayahan mereka pada hari ini....belum tentu menjanjikan kesusahan dan kepayahan mereka di hari muka kan?

Di sekolah ni, aku ditugaskan menjadi Guru Kelas Tahun 4 Amal... Dalam kelas aku ni pun ada juga murid dari Rumah Bakti tu.. dalam 5 orang kalau tak silap.. InsyaAllah aku try la yg terbaik untuk diaorang... Lepas orientasi tadi..aku sempat bersihkan kelas 4 Amal tu jap.. Adoi la....pening...dah lama x pegang kelas... Mula2 posting dulu je aku jadi guru kelas.. tu pun setahun je.. 
Okay la.. kat skolah ni.. aku yg paling muda.. semuanya cikgu2 lama.. otai2 dalam dunia perguruan. fuh! memang banyak yg bleh blajaq...( jangan buli aku dah la.... hahahhahaha - jangan marah ye!)... 

Tengahari - Ada jamuan guru di Hotel Seri Malaysia , Kepala Batas.... Fuh! kantoi diet aku...! Memang best la.... hehhehehehe

Tugas aku disini :
  • Ketua Panitia Sains
  • Jurulatih Bolasepak
  • Ketua Kelab Sains
  • dan mungkin aku jadi AJK Unit Disiplin nanti... tp x sure lagi la.. mana leh bgtau aku pnah jadi cikgu disiplin... hahahah.. datang skolah baru..kena dok diam2 dulu... 
Subjek yg aku ajaq :
  • Sains Tahun 6
  • PJK
  • Pend Seni....
hehehhehe... memang best la... jadual pon x padat sgt macam dulu2... 24 waktu je....
Sebenaqnya aku tak tau nak tulis apa ni... ni pon sebab konon2nyer la..aku nak sangat kembali aktif berblog sempena 2011... Ingat nak wat blog ni jadi macam diari aku dalam perjalanan dan catatan idup aku sebagai seorang guru... sebab bagi aku... elok gak aku dok tulih dalam ni....sekurang2nya aku ada catatan aku sendiri dalam aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai guru.... a.k.a Cikgu NORT.....

Petang - Aku ngantok! Nak tidoq sat kot.... ZZZZZzzzzzZZZZZ

Ok lah... letih sket ni..nak rest jap... nanti kalau ada apa2 aku update lagi... Salam.....


Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog