Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Rindu Abah


Nampak simple je lagu ni kan? Tapi makna yg tersirat tu amat mendalam dalam hati aku... Kat part "disuatu hari ayah berkata... jaga adik mu ayahkan pergi jauh... ku pandang wajah ayah dahinya ku cium...air mata mengalir hatiku pilu..." ... Huh! sedey plak layan blues bila tringat lagu nih.. 

Maybe bagi orang yg masih ada ayah.. tak kan ada prasaan sentimental mcm yg aku ada sekarang nih... Biasalah kan? Kita ni..kalo masih ada..kita jarang sangat nak amik peduli.. jarang sangat nak hargai... tapi bila dah x de kat muka bumi nih.. baru nak kalut.. baru nak rasa ralat.. semua tu dah berlalu.. semua tu dah terjadi pon. nyesal pon x guna...

Tgok lak muka adik2.. lagi sayu sbenaqnya.. cuma aku x pnah tunjuk depan diaorang segala kesedihan aku.. sebab aku kna kuat depan diaorang.. aku kena bgtau..mereka masih leh bergantung harap dengan aku.. aku tak mau diaorang rasa hilang tempat bergantung...

Sebenarnya.. aku agak puas hati sempat jaga arwah abah time dia sakit dulu.. sempat gak ikut permintaan dia yg nak sangat aku jadi cikgu... cuma sedeynya arwah x sempat tengok anak2 aku membesar...

Al-Fatihah....

Never Give Up!!

7 Ciri Positif Orang Berjaya


1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat berusaha.
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin – apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.

2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan.
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!

Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.

Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan.

Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.

3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan.

Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, “Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh”.

Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.

4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.
Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”.

Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.

Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan.
Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar – sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.

Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis – menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain.
Orang-orang yang bersikap positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu?

Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud “Don’t overstay.” “Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan.”

7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh.
“Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut.” Bidalan – Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.

Jika.............

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

Hujan dan Masalah....



Hujan....
Anugerah Yg Maha Kuasa untuk aku berfikir...
Mengapa datangnya ia..
Kenapa cuaca tidak cerah sepanjang masa...
Kenapa dan Mengapa?

Aku terus berfikir...
Terus mengintai dari tirai kamar..
Dari lubuk hati yg meronta..
Yang sering bertanya dan ditanya...
Hati terdetik...
Hati melintasi apa yg terlintas..

Oh....
Hujan perlu hadir..
Ia datang bersama takdir..
Bagi mengimbangi kitaran alam..
Bagi dimanfaati seluruh warga alam..
Agar ada yg mampu tersenyum..
Biarpun ada yg merungut..

Seperti juga hidup kita..
Jika tiada masalah..
Jika tiada kesulitan...
Tiadalah istilah rencah kehidupan..
Tiadalah ungkapan asam garam kejayaan..

Dalam perjalanan kehidupan...
Segalanya nampak mudah jika tiada masalah...
Semuanya lancar tanpa berbalah..
Itulah! Inilah!
Ia bagaikan menyusuri jalanan berliku..
Untuk sampai ke sebuah destinasi yg harus dituju..
Macam macam perlu kita hadapi..

Suka atau tidak...
Kita tetap perlu teruskan perjalanan..
Semakin jauh kita berjalan..
Semakin banyak dugaan kita tempuhi..
Semakin dekat kejayaan menghampiri..

Biarlah lambat...
Biarlah susah...
Teruskanlah!
Jangan jemu berjalan..
Biar merangkak sekalipun..
Asalkan kita tetap sampai!

NORT...2010

Blog Cikgu Nort

Ermmm..apa aku nak wat ye? lama x godek2 blog.. sejak aku wat Blog Cikgu Nort... aku pon jarang dok kat blog aku nih... Sbenaqnya Blog Cikgu Nort tu mulanya aku nak wat seperti Diari perjalanan hidup aku menjadi seorang cikgu.. Tapi tu la.. ntah bilanya aku ni nak rajin update... so sapa2 yg nak tgok Blog Cikgu Nort tu.. leh la tgok2.......... meh sini meh!

Indahnya Penderitaan

Kadang-kadang...orang hanya melihat kita senyum..dan mereka beranggapan senyuman kita itu lahir dari sebuah hati yg benar benar senyum... tapi...bagi aku.. setiap senyuman tak beerti benar benar senyum... masih ada ungkapan tersirat di sebalik setiap senyuman.. terpulang pada tafsiran masing masing...



Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog