Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Hepi Besday Bondaku.........

Acara bbq malam ni sempena sambut besday bonda aku... juz nak dia hepi....

ni ler pic bonda kesayangan aku... PN.ZUBAIDAH BT HAMID

ermmm.... daging burger pun kna panggang malam nih...


perghhhh!!! lazatnyer udang bakaq neh!!!



Selamat Ulangtahun Hari Lahir,
Bondaku.... dari kami,anak2 mu..... Moga senyuman dan zikrullah sentiasa terukir dibibirmu.... Amin...

Lirik ni khas buat Bondaku.... Sebak bila menghayati bait2 lagu nih... huhuhuhuhu
Buatmu Ibu
Album : Kalimah Cinta
Nyanyian : Aeman

Ibu….bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu...
Ibu...
kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu....
Kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana...........


Program Bubur Asyura SKKS 2009

Guru-guru dan staf SSKS sepakat bergotong royong mengacau bubur asyura....

Cikgu Sabarullah @ Mamu kelihatan begitu bergaya mengacau bubur asyura sambil diperhatikan oleh Mr.Kaunselor SKKS.....Kelihatan En.Mohamad, Pak Tam Li dan Mamu begitu tekun menyiapkan bubur asyura....
SEKALUNG TAHNIAH DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SKKS DI ATAS KESUDIAN MELAPANGKAN MASA KALIAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM INI...



10 WASIAT HASAN AL BANNA


1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atauberzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana iamerupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog