Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Tahniah anak ayah!!!


Alhamdulillah... 
2013... Nur Safaa Insyirah akan masuk tahun 1.... Semoga yg terbaik untuk dia.... Aku harap dia dapat jadi insan yg berguna dan solehah suatu hari nanti...

Izinkan ku berundur....



Permohonan Anda Telah Kami Terima.
Sila Klik pada Semakan Permohonan Jika Anda Ingin Mengetahui Status Terkini.


Inginku berundur...
Inginku menggilap kembali segala yg kabur...
Semangat perjuanganku kini luntur...

Bebudak nak exam!!!!!!!!!!!!!


Ntah kali ni aku kadang2 rasa macam give up! Tahun ni bebudak macam langsung tak menunjukkan kesungguhan nak maju..nak belajar! Arghhh! Stress memang stress... tapi dah tanggungjawab..aku pulun gak..walaupun kadang2 bila tuisyen.. aku hanya dapat lihat kerusi kosong yang hampir separuh kelas... Alasan dan jawapan mereka... macam2!.. Perjumpaan waris pun jarang dapat kehadiran penuh dari ibubapa... Ntah la!!!!

Memang la kelas aku ni masa aku mula ajar.. 17 orang dari 24 gagal subjek Sains ni.. n sehingga percubaan UPSR baru ni..dah x dak yang gagal.. TOV...ETR.. dah melepasi target! Alhamdulillah la.. Cuma ati aku ni kadang2 risau gak.... kenangkan sikap dan mentaliti diaorang!!! Moga ada kejayaan menanti mereka biarpun b ukan di depan mata aku! InsyaAllah!!!

SYAHDU DI PAGI RAYA

SYAHDU DI PAGI RAYA

Ibu...aku yang bersalah

Membekukan diriku kerana sikapku

Membuatkan kau jauh...jauh sejauhnya

Ayah...maafkan silapku

Kerna terlalu lama untuk memahami

Hakikat sebenarnya...sepi antara kita...

Tanpa kamu hilanglah haluan hidup ini

Terasa siksa di jiwa ini

Terimalah...moga ku dapat

Menebus silapku...

Di pagi raya...

Ku pohonkankemaafan...keinsafan

Ampunkanlah...restukanlah...

Terimalah...anak mu ini...

Tanpa kamu hilanglah haluan hidup ini

Terasa siksa di jiwa ini

Terimalah...moga ku dapat

Menebus silapku...

Ibu...aku yang bersalah

Membekukan diriku kerana sikapku

Membuatkan kau jauh...jauh sejauhnya

Ayah...maafkan silapku

Kerna terlalu lama untuk memahami

Hakikat sebenarnya sepi antara kita......

....................................................................

Sebuah lagu yg sangat memberi impak dalam sanubari aku!!!

Yang berterusan membuatkan aku terus monolog seorang diri.............. Rindu Mak! Rindu Arwah Abah.. Al-Fatihah....

Teman Pengganti...

Jujurnya aku suka lagu nih.. memang susun atur bahasa Malique terbaik!!!!!!!!

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Moga Si Dia cepat sembuh.....!!



Kasihan..
Dalam diam aku kasihan melihat keadaannya..
Dalam diam aku mendoakan kesihatannya...
Dalam diam aku inginkan kebahagiaannya...

Jujur...
Ramadan kali ini amat bermakna...
Melihat kesungguhan si dia melayani karenahku dan anak2....
Melihat si dia penuh sabar mengukir senyuman biarpun terasa penat...

Doaku....
Moga cepat sembuh sayangku...
Moga kembali mengukir senyuman yang sentiasa dirindui...

Pesanku...
Andai diriku tiada lagi suatu hari nanti...
Percayalah.. aku sayangkan kamu...
Kerana aku redha dirimu isteriku yang terbaik...
Kerana ku tahu dirimu telah menjalankan tanggungjawabmu dengan sehabis baik...
Semoga Allah membalasmu dengan Syurga yg menjadi idaman setiap wanita yg bersuami...

Cikgu Praktikum...


Dαri air, kitα belαjαr tenαng..
Dαri bαtu, kitα belαjαr tegαr..
Dαri tαnαh, Kitα belαjαr kehiduραn..
Dαri kuρu-kupu, Kitα belαjαr merubαh diri..
Dαri pαdi, kitα belαjαr rendαh hαti..
Dαri Allah, Kitα belαjαr tentαng kαsih sayang yαng semρurnα....

Hari ni... ada cikgu praktikum datang dan akan berkampung hingga hujung September... Secara logiknya.. jadual mengajar aku akan dikurangkan... sebab akan diambil alih oleh diaorang.. Tapi realitinya... seakan padat sebab dah jadi "guru pembimbing" utk mereka berdua ni....... Nama pun "pembimbing"... Rasa macam tak patut pun ada.. ye la.. aku masih baru dalam bidang ni.. baru 9 tahun... dalam dunia perguruan.. tempoh tu seakan masih setahun jagung.. huhuhuhu...
Tapi tu semua cabaran utk aku.. aku try la amik tanggungjawab tu... Ini adalah kali kedua aku jadi guru pembimbing... Dulu di skolah lama.. aku jadi guru pembimbing bagi subjek Sains.. tapi kali ni bagi subjek P.Jasmani n P.Kesihatan pulak...
Teringat pulak zaman aku berpraktikum kali pertama di SK Kampung Buluh, Setiu, Terengganu dan kali kedua di SK Binjai Kertas, Hulu Terengganu.... Sebenarnya zaman praktikum adalah zaman yang paling indah dalam permulaan kerjaya... Banyak pengalaman yang dapat dikutip jika "tahu" menyesuaikan diri dengan rentak sekolah....
Pepun, aku harap kedua2 org mamat ni dapat la ikut rentak aku... InsyaAllah.. aku takkan "buli" mereka... hahahahahaha... Salam...



Syukur....

Alhamdulillah.. rasa mcm baru je qheja....

Aku start qheja 2.Januari 2004....
Macam2 ragam aku jumpa....
Ada senyum... tangis.... dan macam2 lagi perasaan yg kadang2 buat aku bermonolog....

Bikin Wakaf Sendiri....


Bikin Wakaf Sendiri....

Sangat berterima kasih kepada sahabat baik yg banyak membantu.. "Gewang".. "Kamal"... "Hafiz".....









Landskap oh LANDSKAP...





Ntah kali yg ke berapa bertukar wajah pon aku tak tau la.......

Kebahagiaan dari Ujian....




Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

*Sangat bersyukur masih diberi kesempatan untuk menjadi lebih baik.... Kini aku lebih selesa dan bahagia dengan hidup sekarang..




Ingin Pergi..




Tak tahu mana nak luah.. 
Tak tahu mana nak cerita..
Aku ingin pergi..
Dunia bulat ku rasa bersegi...
Moga permohonan diperkenan Illahi...

Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog