Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Relax Kpala Otak Sket...

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Tension!!!!!!!!

"Semester persekolahan baru sahaja bermula.Dalam sebuah makmal biologi, seorang cikgu sedang menerangkan activity untuk hari tersebut. Beliau telah meletakkan keratan bahagian-bahagian badan pelbagai jenis serangga di hadapan para pelajarnya dan menyuruh para pelajarnya mengenalpasti nama serangga bagi setiap keratan.

Salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut berasa tension kerana setelah puas dipikir-pikir, dia still gagal untuk mengenalpasti keratan yang diberi kepadanya. Oleh kerana terlalu tension, pelajar tersebut bangun dari tempat duduknya dan belari keluar makmal sambil menghentak-hentak kaki dan menyepak pintu makmal tersebut.

Cikgu tersebut menjadi marah dengan tindakan kurang asam pelajar tersebut lalu memanggil pelajar tersebut.

"Kamu yang baru sahaja keluar dari makmal tadi,masuk balik!!Sape ajar kamu berkelakuan demikian?"Kata cikgu tersebut dari dalam kelas.

Pelajar tersebut hanya berdiam diri.

Bengang dengan tindakan pelajar tersebut berdiam diri, cikgu tu pun berkata, "Siapa nama kamu? Nanti saya adukan kepada tuan pengetua."

Pelajar tersebut berjalan ke arah pintu makmal tersebut dan menutupnya sedikit dari luar.Dia lalu memasukkan sebelah kakinya ke dalam makmal sementara dia menyorokkan dirinya di sebalik pintu makmal. Lalu dia pun berkata,

"Kalau cikgu pandai, cube cikgu teka siapa saya?""

Pasukan Bola Jaring SKKS 2009





Para guru yang hadir memberi sokongan Ketua Pasukan Sorak SKKS, En.Sabarullah... Salam Perkenalan dengan pasukan lawan....

Komen Aku.....

  • Walaupun pasukan skolah aku ni tewas,tapi kira orait la coz layak sampai ke pusingan ketiga... Kalah 6-7 je dgn team SK.Pasir Gebu..... Huahuahuahua.... Cuba lagi tahun hadapan.... Jangan putus asa!
  • Apapun,trima kasih dan tahniah kepada jurulatih pasukan, Pn. Mawarni.. dan para pemain diatas komitmen dan kesungguhan anda hingga ke tahap ini. TAHNIAH!!
  • Buat rakan guru dan PK.KoKurikulum, Pn.Rosmina yg sudi meluangkan masa datang memberi sokongan... TERIMA KASIH buat kalian.... Diharap pasukan2 sekolah yg akan datang tros mendapat sokongan padu daripada warga guru SK.Kg Selamat.....
  • Pasukan sekolah selepas ini....
- Bolasepak - Bola Baling - Softball

Sepaktakraw Zon Kepala Batas 2009





Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog