Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

H1N1?

oleh Ibnuyaacob

Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.

Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.

Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas.

Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya?

Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.

Artikel konspirasi Selsema Babi

  1. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1) - permulaan pembinaan virus di Amerika Syarikat
  2. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2) - Projek senjata biologi Amerika dan virus.
  3. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3) - projek virus rahsia Israel yang diketahui Russia

sumber :
http://ibnuyaacob.com/?p=1099

Rahsia Nikmat nya Puasa...

5 rahsia nikmati ibadat puasa



DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

  • Menguatkan jiwa.

    Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.

    Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

    Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.

    Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.

    Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

    Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

    Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

  • Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

    Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

    Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.

    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).

    Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

    Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

  • Menyihatkan badan.

    Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.

  • Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

    Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

    Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

    Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

    Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

  • Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.

    Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

    Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

    Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

    Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).
  • Ujan dan ayat blues...

    Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka…..

    Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua…..

    Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri…..

    Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi…….

    Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api…..



    Salam Ramadan

    Maaf agak lama nyepi..Alhamdulillah..smua dah sihat... Salam ramadan buat kawan2 bloggers....
    Ramadan dtg lagi...kali ke 2 Ramadan aku tanpa Abah... dia "pergi" lg 2 ari nak posa tahun lepas... Cukup trasa time tu...cukup terpukul time tu... saat2 aku nak raikan kemasukan aku ke rumah yg aku beli nih...

    • Rabu-petang tu...aku ke Kulim...nak amik geran moto..aku setel awal duit moto ni..pasal nak bagi geran kat Abah aku pasal mmg niat sgt nak bagi kat dia moto tu... Tapi,kedai x sempat siapkan..ari Sabtu baru leh mai amik balik....
    • Khamis....mlm tu baca Yassin sempena UPSR kat skolah....tetiba aku rs sebak sgt aku nak habiskan bacaan Yassin tu...x pnah pon seumur idup aku sebak camtu time baca Yasin...Last aku sebak bc Yassin,time Abah aku koma 2 minggu-jatuh bumbung time repair bumbung umah tok aku......Time tu aku masih di Maktab... Sebelum tu,petang...mak col,bgtau..diaorang jadi nak dtg umah aku..aku wat kenduri doa selamat ari Sabtu sempena stay umah baru....
    • Jumaat,balik skolah..p confirm lagi skali dgn ayah mertua..tanya pasal org masjid..jadi ke nak dtg baca Yassin esok (Sabtu).... Pastu..aku stil kemas rumah coz excited utk esok.... Jam 2:45 petang..lepas Jumaat... Adik aku col...."ABAH REBAH! X SEDAQ!!!!! Fuh! menggigil aku! tros aku tinggalkan umah yang bersepah dgn tong cat... pesan kat kawan aku utk tgok2 umah aku..aku nak balik kampung... P amik wife... pastu tros balik...dlm pjalanan..col umah mak..byak kali x berjawab..aku x senang ati... Jam 3:05! Ada adik aku jawab... "ABAH DAH X DAK"!!!!! Ya Allahhhh!!!! Menggigil aku drive....stop tepi...mcm x caya! Puas wife aku tenangkan aku.... Sampai umah..Abah dah terbaring kaku... Aku terduduk sebelah Abah.... Aku pegang dia...sejuk... Aku dengar dengup jantung dia..x de lg..Aku pegang lengan dia...mmg sepi... Pastu,mak aku kata... "dah la abg...mmg abah dah x dak....Tadi ambulan dah mai....Depa yang sahkan kata x dak.." Terdiam aku..... Gelap aku rasa... Arwah hembus nafas lepas solat Jumaat..lepas makan nasi..time nak duduk,dia macam tersembah bumi....hembus nafas atas riba mak aku...tu yg paling aku sedey bila dgar mak citer.. Dia selamat dikebumikan malam tu jugak.... Paling ramai org dtg solat jenazah kat kampug aku... Arwah mmg bagus dgn smua org... Aku kagum
    • Sabtu...Kenduri umah aku dibatalkan..jemaah masjid terkejut bila aku bgtau tlg wat Yassin utk arwah abah aku...bukan Yassin utk masuk umah baru....
    Kini...dah 2 kali Ramadan...mungkin 2 kali Syawal,aku tanpa Arwah abah..Apapun, dia tetap HERO di hati aku...Tetap inspirasi kejayaan aku... Al-Fatihah buat arwah abah... Bacaan Yassin di malam Ramadan buatmu.....

    ketika kejauhan
    masihku hangat kasihmu ayah
    betapaku rindukan redup wajahmu
    hadir menemaniku

    terbayang ketenangan
    yang selalu kau pemerkan
    bagaikan tiada keresahan

    walau hatimu sering terluka
    tika diriku terlanjur kata
    tak pernah sekali kau tinggalkan
    diriku sendirian

    ketikaku dalam kedukaan
    kau mendakap penuh pengertian
    disaat diriku kehampaan
    kau setia mengajarku
    erti kekuatan

    terpancar kebanggaan
    dalam senyummu
    melihatku berjaya
    bilaku kegagalan
    tak kau biarkan
    aku terus kecewa
    dengan kata azimat
    engkau nyalakan semangat
    restu dan doa kau iringkan

    tak dapatku bayangkan
    hidupku ayah
    tanpa engkau disisi
    semua kasih sayang
    yang kau curahkan
    tersemat dihati.....

    Powered By Blogger

    Blog Archive

    Teman blog