Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Kesedihan seorang insan yg bernama anak.....

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku berkarat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak kerana raptai Sambutan Hari Kemerdekaan

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.
Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat
kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?”

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari
keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !”

“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi.Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu,” balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihatkedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. “Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. “Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

ANAK ADALAH AMANAH ALLAH JAGALAH MEREKA SEBAIKNYA..

Result gempak 2 USaha

Ni la result bebudak 2 usaha... sngaja aku x letak nama diaorang... juz keputusan diaorang dalam rekod aku... Pening..pening... target aku, PKSR 1 bulan depan nih,ada la lagi 10 orang leh dapat LULUS.... Pe nak jadi jadi la... skrg ni aku da mula plan A aku...kalo x menjadi...kna tukaq plan la plak... huahuahua... NI la plan aku yg dok tgah berjalan:

  • bagi makan kismissetiap sorang, setiap ari... disponsor oleh aku sndirik...adeh la... (siap soh budak2 ni pesan kat ayah diaorang yg dok isap rokok tu,jgn bli rokok byak2..tapi kna bli kismis bagi kat diaorg...huahuahua - jgn mai serang aku pasal aku soh anak diaorg sound mcm tu da la)
  • wat sudut bacaan n sudut pemulihan spesel dlm klas ni sendiri... siap mini decoration..
  • rujuk cikgu klas diaorg pasal projek pembangunan minda diaorg ni, Ustazah Siti Asni- dia ni mmg best...bagi 100% sokongan... Syukran Jazilan Ustazah!
  • wat anugerah bintang kat diaorang nih... amik je senarai nama...pamer kat klas... budak yg ada peningkatan...wat prangai elok2...aku tanda 1 bintang... nampak mcm ada yg da mula gila bintang da...
  • Sir Noor Azalizam...cekgu BI klas nih...pon da mula strategi dia...nak bagi budak2 ni leh kuasai BI...bagus!..nti senang sket keja aku nak ajaq Maths Science dlm BI... Congrat's Sir!!

PENCAPAIAN KEPUTUSAN
1B 2C 1D Potensi Lulus
2B 2C Lulus
2C 1D 1E Kritikal
3C 1D Potensi Lulus
3C 1D Potensi Lulus
3C 1D Potensi Lulus
4E Sangat Kritikal
3B 1C Lulus
1C 3D Kritikal
3B 1C Lulus
2B 2C Lulus
1C 3D Kritikal
1C 1D 2E Kritikal
3B 1C Lulus
2C 2D Perhatian Intensif
1C 3D Kritikal
3B 1C Lulus
2C 2D Perhatian Intensif
1C 3D Kritikal
1B 2C 1D Potensi Lulus
3C 1D Potensi Lulus
1B 3C Lulus
1C 3D Kritikal
4B Lulus
3B 1C Lulus
4C Lulus
1B 2C 1D Potensi Lulus
1A 3C Lulus
3B 1C Lulus
4C Lulus

Aku saja je wat entry ni pasal aku nak mintak pendapt2 korang...rakan blog aku yg sememangnya best! ngetop! mantop! bombastic! Lagipun ni la cara aku wat dokumentasi.... nampak mcm malas kan? tapi x pe... yg penting... Jadi la diri sendiri... HUahuahuahua

2 USAHA



Ni la gambo murid2 aku...aku juz cikgu pusingan je... aku ngaku,prestasi diaorg trok time Ujian Penilaian 1 baru2 nih... klas ni aku ajaq BM,MATHs n Sn... Adeh.. klas ni adalah kelas tercorot dlm aliran tahun 2.. tapi bagi aku, ngajaq klas ni enjoy....relax je... yg pnting aku tau apa aku wat.. aku da bagitau Pen.Kanan 1,aku juz target biar bebudak ni leh baca....leh kira...tau nak tambah tolak je.. Ye la,klas ni ramai sgt yg x leh baca... X pe la...aku target sampai ujung tahun ni je nak baikpulih reputasi
budak2 ni... huahuahua... doakan la aku leh tlg bebudak nih.. cian bebudak nih... aku dulu pun,cikgu x amik tau sgt bila aku x brapa pndai... bukan nak blame cikgu tu...tapi bagi aku,bila da budak tu x pndai...cikgu try la cari punca...try setel...

  • wat member2 yg keje cekgu...
    • banggakah anda jika murid dapat markah tinggi semata2 anda yg ubah markah demi menjaga eputasi anda,sedangkan murid itu tidak layak?
    • banggakah anda murid yg tidak boleh baca,anda isytiharkan dia leh baca semata2 anda nak jaga reputasi anda?
    • banggakah anda,ngaku diri anda cikgu,sedangkan anda saling x tumpah mcm pengacara jemputan nona je yg x abih2 menemubual rakan2 di tepi kelas waktu anda sepatutnya mengajar?
    • banggakah anda bila berlagak sibuk d hadapan Guru Besar sedangkan hakikatnya di belakang dia anda lah yg paling pemalas?






Aku bangga dgn murid2 2 Usaha nih pasal skrg da mula tunjuk minat nak belajar.... Tahniah! JUTAAN TERIMA KASIH BUAT RAKAN GURU,EN.ANUAR DR UNIT PEMULIHAN...COZ BANYAK TOLONG AKU DLM URUSKAN MASALAH BUDAK2 NIH... BUAT PIHAK PENTADBIRAN,TERIMA KASIH COZ SUDI AMIK BERAT MASALAH AKU...

Sedey kawan aku...sedey gak aku!

DOPOD 838


Ni pic enset member baik aku,merangkap sahabat baik aku yg ilang smalam... kalo ada sesapa yg terjumpa,terambil...sila bagi balik sblom aku marah... tu enset kesayangan mber aku... enset tu la tentukan jatuh bangun dia slama nih.... td dia col aku sblum aku masuk meeting... mula2 rs x cy gak la Dopod ni ilang(dia slalu mlawak dgn aku... ) tp,rupanya btol la ilang... ceh.. ntah penyangak mana la yg kebas... padahal letak dlm umah... Ishhh...... Moga2 pencurik enset ni protnye da smakin membesar lagi busuk la skarang nih........

Gam oh Gam...

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue.

Rajuk si kakak...

ntah apa2 la dia taruk bedak sendirik...

time ni dia mrajuk..jeles adik tdo dlm playpen nih... dia pon nak masuk gak

bergaya dgn beg baru..

Ni melaram nak g jalan2... cian dia asyik kna tggal je ari tu time ibu dia masuk wad..

baru lepas mandi...x nak disikat... nak sikatkan rambut sendirik...


Anakku yg sulung, da pndai mrajuk da sejak kehadiran adiknya.. Cemburu gak dia bila kdg2 ibunya agak bz dgn adiknya... Ni saja je nak upload pic anakku,Nur Safaa Insyirah.... dah suka bila ada org snap pic dia...

Beza ke sama?

Ahmad Syamil Iqram...

Ni gambar si kakak time baby...

Nur Safaa Insyirah (1)
Nur Safaa Insyirah (2)


Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog