Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Jika anda sakit kepala....


Kebelakangan ni..ramai yg sakit kepala.. aku pon sama... hehehhe.. so.. lepas aku merayau2 kat mcm2 sumber..aku try cari petua camner nak legakan sakit kepala nih.. so, aku himpunkan kat sini.. sebab kaedah2 yg aku amik ni..rasanya senang nak buat.. Selamat mencuba.... Ada 7 petuanya.. So, leh pilih mana2 yg anda rasa sesuai dan mudah untuk anda buat... Pepun, ini hanyalah sekadar petua.. sila berjumpa doktor jika anda mengalami sakit kepala yg berpanjangan....
  1. Sebaik bangun dari tidur, cuci muka terlebih dahulu sebelum gosok gigi. Oleh itu, kita akan jarang dapat penyakit ini.
  2. Ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari. 
  3. Ambil buah limau kasturi beberapa biji....lagi byk lg segar.....basahkan kepala waktu mandi. Perah limau atas kepala (korang akan rase kesegarannya),,, Ramas2 kan pada rambut,,,,
  4. Ambil daun lemuni ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala. 
  5. Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja. Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri. Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.
  6. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
  7. Ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya

0 komen....:

Post a Comment

Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog