Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Makin besaq anak aku nih....





x tau la nak tulih pe... penat la ari nih..

Hoobastank - Running Away Accoustic

Bijaknya si Ubi...


Pada suatu hari di kawasan Sungai Tiga, ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Botak.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Botak: "Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Botak memanggil anak buahnya yang bernama Ubi dan memberikan arahan...

Pak Botak: "Ubi, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ubi: "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor EX5 dan memakai helmet kura2nya, si Ubi pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan berhampiran stesen minyak Caltex berhampiran warung Char Key Teow Telur Ayam Dibasuh, dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ubi. Tetapi si Ubi tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara mereka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ubi ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepala tak sakit kan?" "Pinggang abg ok?"

Ubi : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ubi: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, bengong lagi bangang!! mereka nak lari ke mana? Alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha..."

Laki ke pompuan nih?

Try tgok pic ni dari dekat.... nampak pe.. pastu,undur 5 langkah ke belakang... tgok sape plak...

Tgok btol2.........

Ampunkan saya, Ayah....


Ketika aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padak bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Siap bersilat lak tuh. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral of da story: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog