Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Selamat Tinggal 2010


Azam Baru Tahun 2011?

Azam.. selalu bermain difikiran saat bermulanya tahun baru... Kadang2 azam juga akan hadir bila kita "terjatuh" atau ditimpa sesuatu... dengan harapan kita akan memperbaharui dan mengambil iktibar dari kesusahan lalu.. dari kejatuhan lepas....

So..apa azam aku tahun ni? Tahun 2011......... Bagi aku... tahun demi tahun..azam aku tak jugak tercapai sepenuhnya bagi tahun berkenaan... Jadi, bagi tahun 2011 ini.. aku mengharapkan sesuatu yg lain.. yg jauh dr azam aku yg lepas2... Azam baru ler nih! Berazam lain dari azam dulu2.. biar azam, kali ni sesuai dgn tindakan.. dgn langkah dan persekitaran aku sendiri...

Sebelum tu..aku ingin melupakan kesedihan dan kepahitan sepanjang 2010 yg bakal menghilang.... Sepanjang 2010.. aku DITUKARKAN sekolah kerana isteriku dapat bertukar ke skolah aku.. PPD arahkan aku perlu ditukarkan dgn alasan mereka.. Suami Isteri tak bleh keje skali... So,aku dgn ayat yg sinonim dlm profesion aku.. SAYA YG MENURUT PERINTAH.. menurut je.. rupa2nya aku ditukarkan ke SJKC.. Oh! TidakK! Di SJKC itu aku sempat dok 3 bulan je... Aku ditukarkan sekali lagi atas tuduhan dan laporan yg dibuat oleh pihak SJKC terhadap aku.. kononnya aku ni PERKAUMAN! Sedangkan aku dan kawan ku sahaja guru Melayu disitu.. jadi,mmg mudah utk mereka buat apa saja kat aku... SJKC tu tletak dikawasan berhampiran dgn kandang babi.. dan disebelah pagar SJKC itu juga ada kegiatan menjual daging babi segar. Umum tau keadaan di situ.. Pernah masuk TV3 pasal kilang bihun yg dekat kandang babi.. Ha!!! Kat situ la SJKC nih! huhuhuhu.. Salah ke aku merungut? Aku luah masalah aku ke PPD.. tapi aku akan dibantu jika isteriku bertukar tempat dgn aku ke SJKC.. HUh! Ugutan atau permintaan nih!! So, aku sabarkan hati aku yg muda ni.. mmg la nak marah.. tp bila fikirkan mereka ada kuasa.. aku diamkan je... Aku terpaksa diam kerana akur dgn arahan sebegitu dr PPD.. Tapi lain pulak jadinya apabila pihak SJKC buat laporan aku ni PERKAUMAN hanya kerana aku bgtau Guru Besar.. bau babi kuat sgt...... So, aku ditukarkan lagi ke sebuah skolah yg hampir dgn Butterworth.. yg mana aku perlu masa perjalanan 1 jam dr rumah ke sekolah.. Best kan? Padan muka aku! Masa tu..kawan2 gelak.. orang sekeliling anggap aku ni cikgu yg teruk....cikgu yg bermasalah.... Sedangkan orang tak tau cerita yg sebenar.. Kenapa aku ditukar.. Kenapa aku dituduh perkauman. Mulut orang... Macam tu la... Tapi aku pekakkan telinga.. walaupon hakikatnya aku ada gak tsinggung.. Idup mesti terus... 
Akhirnya... dapat satu panggilan dari seorang Guru Besar yg nak sgt2 khidmat aku di sekolahnya.. Beliau suruh aku isi borang tukar pd hujung tahun. Tiba waktu leh isi pertukaran secara online. aku hanya mencuba... Tak sangka dapat tukar lagi.. walaupun tak dpat ke sekolah guru besar bkenaan.. tapi aku syukur sbb dapat yg dekat sket dgn rumah aku.. Alhamdulillah.. Tapi skali lagi..orang dok ngata aku ni rajin dok tukaq skolah.. tentu aku ni CIKGU BERMASALAH!!!! Lantak la... aku dah lali dgn tuduhan tu.. Bagi aku..aku tak pnah x masuk klas.. tak pnah x buat rancangan mengajar.. tak pnah x latih budak dlm sukan.. tak pnah pon aku malas dlm aktiviti skolah..dan tak pnah pon walau skali aku makan duit budak! Sebenarnya aku mula syg skolah yg selepas SJKC tuh.. di situ..aku bjaya naikkan peratus lulus budak UPSR dalam Sains mengatasi English dalam tempoh 3 tahun.. itu dah memadai bagi aku yg setahun jagung dlm dunia perguruan.. Sayang tetap sayang,tp faktor jauh dari rumah aku...aku terima gak pertukaran tu.. So, bermula 2011.. aku harap aku tak lagi diduga dan dipermainkan begitu oleh orang2 yg ada kuasa... Plz laaaa! Aku yg menanggung! Ada orang kisah?

Fuh!... sempena 2011 ni.. aku harap aku dapat la keja dgn elok.. tanpa dibayangi sejarah hitam tu.. Sejak hari tu.. aku mula paham.. mula berfikir... Aku rasa aku patut lebih tegas dgn orang... Baik biar berpada... 

Prinsip aku satu je... " Biar apa orang nak kata....... Asalkan kita tak lupa tanggungjawab kita" Kerjaya aku...sumber rezeki aku.. dengan itulah aku bagi makan anak isteriku..mennaggung persekolahan dan makan minum adik2 dan mak aku di kampung.. Doakan aku ye! Selamat tinggal 2010... Selamat datang 2011.............

3 komen....:

AkudanDiaAA January 1, 2011 at 6:14 PM  

Nort...orang tak akan berhenti mengata sehingga nampak kita jatuh...macam EM sendiri..disebabkan belum mperoleh kejaya tetap org dok mengata,but who cares? hahah yang penting kita x menyusakhan orang lain

Encik NoRT January 1, 2011 at 11:57 PM  

AkudanDiaAA - hehehhe..thanx ye EM.. bukan pe...org nih..x abih2 anggap kita ni trok. pdhal diaorang x tau apa yg sbenarnya berlaku... bagi diaorang mcm satu bahan jenaka lak bila kes tukar2 nih. pdhal susah wo.. melibatkan gaji. kdg2 gaji tertunggak.. tu yg x syok.

AkudanDiaAA January 2, 2011 at 1:19 PM  

memang lah x syok kalau gaji tertunggak...macam orang berhutang gak ler..hikhikhik

Post a Comment

Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog