Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Rumput Oh Rumput.....



10 Faedah Utama Rumput.

1. Menghalang hakisan tanah. Kawasan yang berumput akan mengurangkan hakisan air berbanding tanah lapang yang botak.

2. Mengurangkan habuk. Tanah lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.

3. Mengelakkan larian permukaan. Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya. Kawasan berumput juga boleh membantu kawasan sekitaran untuk lebih lambat 'banjir kilat' berbanding kawasan yang di litupi bahan-bahan yang tak menyerap air seperti konkrit, tar, jubin dan sebagainya, kerana ia mampu menyerap dan memperlahan kan pergerakan air.

4. Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya. Ini relevan untuk kawasan yang mempunyai masalah bahan kimia atau lain-lain cemaran berbentuk cecair.

5. Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar. Ia akan menghalang dari partikel tersebut naik semula menjadi cemaran.

6. Membekalkan oksigen. Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).

7. Penyejukkan. Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyerap haba dan seterusnya menyejukkan kawasan sekelilingnya.

8. Kecantikkan. Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata.

9. Nilai hartanah. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai (atau mengadap) kawasan rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding di penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.

10. Kawasan sukan dan rekreasi. Rumput yang sesuai boleh digunakan

untuk kawasan rekreasi ataupun padang sukan.




9 komen....:

nIzAm August 7, 2009 at 10:39 AM  

cantikla ruumput hang

Jard The Great August 7, 2009 at 11:43 AM  

uish.. mcm rumput di padang golf.. ehehe

nur hifzan August 7, 2009 at 11:47 AM  

no 9 tu.. err.. haha

Marzalina August 7, 2009 at 12:01 PM  

teringat lagu bangau oh bangau..kenapa rumput panjang? heheeee

Na Shari August 7, 2009 at 5:23 PM  

Oh, info yg tidak disangka-sangka. sangat menghargainya...thank you so very much for sharing this info... :)

siti murni August 7, 2009 at 8:34 PM  

betul..tanam rumput lagi baik dari letak tiles...setuju sgt2....green peace..:-)

Encik NoRT August 7, 2009 at 11:30 PM  

to nizam1 = huahuahua..rumput ni aku da buang la...skrg tgah tggu rumput mutiara lak... rumput cowgrass ni agak sukar dijaga coz cepat sgt pnjg...

to jard = aku dok main golf petang2 kat umah aku je..huahuahua

to marzalina = bangau tu yang lehernya panjang...ade dia kisah? huhuhu

o na shari = ermm...kongsi berdasarkan pengalaman...tu lebih beerti..

to siti murni = yup!! bumi makin kurang oksigen la...

LiNda August 7, 2009 at 11:38 PM  

Salam,

wahh... n3 yang besh dan berinformasi.

Time kecik-kecik dulu,
main lari-lari jek atas rumput kann..
tak pakai selipar pun takper..
siap guling-guling lagi..
tak rasa geli pun..
tapi sekarang takleh lagi ..
sebab dah ada sign 'Jangan Pijak Rumput ' !

huhuhu

Encik NoRT August 8, 2009 at 12:23 AM  

to linda = sekarang...bebudak dah x macam kita dulu...sosial life diaorg dah x sebahagia kita dulu...

Post a Comment

Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog