Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

APA PUNCA ANAK DERHAKA ?

Media massa memainkan peranan penting. Apabila diteliti terlalu kurang filem atau drama yang menayangkan cerita keluarga bahagia dan harmoni. Walaupun endingnya, si anak atau ibu bapa sedar dan bertaubat tetapi proses untuk kearah itu penuh perlakuan tidak sopan, tengking dan herdik serta bermaki hamun.

Kita boleh adakan cerita yang baik. Tidak mustahil seorang anak mengajak adik-adiknya berdoa untuk kesejahteraan ayah mereka. Cium tangan ayah sebaik pulang dan balik kerja, ajak sembahyang jemaah dan sebagainya. Pelikkah kalau ibu bapa praktikkan begitu?

Proses pendidikan yang tidak bermoral turut mempengaruhi. Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru dan ibu bapa sendiri tidak bermoral? Jika baran dan marah sekalipun, tolong la jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap, bingai atau dungu kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa!! X percaya ke?

Sabda Nabi S.A.W, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka...geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul."

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan la sebagai kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka..

Anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. Tp,bukan peluk macam haruan nak makan anak tu!!!

Kebanyakkan anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan dan memberontak. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah tangga. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia biar dia rasa hepi nak balik rumah, dan pergi sekolah pun seronok. Tu yg orang kata 'RUMAHKU SYURGAKU...."

Tak dinafikan la..mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup... Doakan anak time dia tdo tu... Baca la "Alam Nashroh.." pastu tiup slow2 kat ubun2 dia.... biaq dia dilapangkan dada...dpermudahkan urusan dia.... Mudah2an dpt jd anak yg best!

Faktor makanan turut mengganggu jiwa anak-anak dan menjadi aktif tidak menentu. Dalam proses tumbesaran anak-anak, jenis dan mutu makanan sangat penting kerana ia menjadi darah daging.

Rasulullah pernah bersabda yang antara lain kisahnya, seo'rang budak bermain bola dan tertendang masuk ke dalam masjid. Dia masuk ke masjid dan bertembung dengan nabi, dan nabi pun menyebut anak subahat sebanyak tiga kali. Ayahnya runsing dan bertanya kenapa Rasulullah berkata begitu. Bila diperiksa rupanya faktor makanan yang dimakan oleh ayahnya mengganggu tumbesaran si anak. Ia membentuk darah daging dan air mani yang akhirnya membentuk si anak.

Makanan yang baik , pertama halal dan kedua bermutu. Duit halal atau haram turut mengkelaskan jenis makanan. Sebab itu, jika berpendapatan tetap salurkan sedekah atau membayar zakat kerana ia membersih harta. Daripada harta itulah, kita mendapatkan makanan yang akhirnya membentuk darah daging.

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan onang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.

Sayyidina Uman juga pernah berjumpa budak kecil. Dia menghampiri budak itu dan berkata, "Wahai budak, tolong doakan untukku, agar Tuhan ampunkan dosaku.' Sahabat-sahabat terkejut dan bertanya, "Ya Umar, kamu khalifah, Allah dan rasul telah jamin syurga untuk kamu, kenapa tidak berdoa sendiri."

Jawab Sayyidina Umar, budak-budak kecil tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau jumpa budak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun anak anak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

Pernah la terjadi... sorang anak ni,mendapat keputusan SPM pangkat dua. Si anak tu pun balik menangis dan minta maaf kepada orang tua dia. Tapi,nak dijadikan crita....Si bapa ni plak... marah-marah dan iap herdik yg bukan2...seolah2 anak dia melakukan kesalahan terlalu besar. Tidak puas marah, anak dihalau keluar dan tidak bertegur sampai ke hari ini.

Bukan apa...Kasihan si anak yang telah berusaha tetapi gagal. Itu bukan kehendaknya dan rezekinya setakat itu sahaja, tetapi sikap si ayah membunuh jiwa dan terpahat di ingatannya sampai tua. Ada ke org nak gagal dlm exam? Lu pikiaq la sendirik!!!

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya anak derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu. Walaupun ibu sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luaskan rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram. Lebih teruk lagi, Allah tunjukkan dalam bentuk bala.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi jalin hubungan yang baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetàpi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, utamakan ibu dahulu. Sunnah Nabi ni!! Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.

Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. "Sebenannya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

8 komen....:

swEet zirCon May 11, 2009 at 12:55 AM  

mak bapak skrg ni ramai yg tak takut dosa...
si anak tegur supaya kembali ke pangkal jalan.
tapi anak pulak dikatakan derhaka. camane ye...

akudinda May 11, 2009 at 2:33 AM  

p/s : jgn jadi tanggang moden..
hak hak hak..
ibu...ibu...engkaulah ratu hatuku..
selamat hari ibu...ibuku...

Encik NoRT May 11, 2009 at 9:31 AM  

To sweet zirCon = x smua parents yg ok... ada yg haru biru..slalunya...hal yg camni la yg wat si anak berdendam... Aku nak komen pun sgt2 pun,aku bukan baik sgt..huhuhuhuh

To akudinda= bagus bro! jgn jd tanggang moden ..nti kna sumpah jd katak br tau! huahuahua

Kelebar Malam May 11, 2009 at 3:04 PM  

salam persahabatan..semoga keturunan kita dipelihara dari segala kemungkaran dan mendapat rahmat dari Allah di dunia dan di akhirat...

Marzalina May 11, 2009 at 4:58 PM  

Satu artikel yg sangat menarik..kalau difikir2kan semula..soal anak derhaka ini sebenarnya adalah berpunca daripada kurangnya pengetahuan agama ataupun desakan naluri muda..syukurlah sebab ibu sy seorang yg sgt pemaaf..kalau tak..entahla..adakalanya sebagai anak kita lupa akan jasa ibu bapa sendiri apabila kepentingan diri terpaksa didahulukan demi kehendak naluri yg masih mentah..semoga kisah lama tak berulang kembali.

Y u Z z 9071 May 11, 2009 at 5:32 PM  

semoag kita saling berpesan pesanan

Princess Liyana May 12, 2009 at 2:20 AM  

selamat hari ibu kak!dan smua ibu2 di dunia ni;
)

hmm btol tu, ibu bapa mesti tnjk yg terbaik. sebb mereka role model pd anak2..;)kan kan?

Sis-Lin May 13, 2009 at 10:08 AM  

ibu dh bt yg terbaik..tp ada masa kesilapan juga nmpk di mata anak...
saling tegur dn menerima,jln yg membawa kepada kesedaran..kan?

Post a Comment

Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog