Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

24 CIRI KEAGUNGAN SEMBAHYANG



1. Ia merupakan ibu segala ibadah


2. Ia merupakan tiang seri agama Islam


3. Ia diperintah oleh Allah dengan cara Allah menjemput RSAW menghadapNya pada malam Israk dan Mikraj tanpa melalui malaikat Jibrail sedagkan suruhan amalan yang lain diterima melalui malaikat Jibrail.


4. Siapa yang meninggalkan solat, dia menjadi kafir.

Maksud hadith ; " sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja-kafir yang nyata"


5. Di dalam solat, seluruh anggota terlibat, perbuatan, perkataan, fizikal, bacaan ( lisan ) dan hati atau roh, krn merasa dan menjiwai dan akal memahami ( 4 anggota berjalan serentak ).


6. Mengerjakannya disyaratkan suci lahir dan batin dari segala hadas besar atau kecil.


7. Mesti menghadap kiblat, ertinya merupakan lambang perpaduan umat Islam.


8. Terikat dengan waktu.


9. Digalakkan berjemaah.


10. Pelbagai amalam malaikat ada dalam solat krn malaikat itu ibadahnya hanya satu perkara sahaja, ada yg bertasbih, rukuk, sujud dan sebagainya.


11. Ibadah yg terikat dengan disiplin yg tertentu dan cara yg tertentu.


12. Solat merupakan intipati dan intisari ajaran Islam. Di dalamnya ada aqidah, disiplin, thaharah, masyarakat, ada perpaduan dan ada pemimpin, ada juga politik, syariat, tasawuf, akhlak, kebudayaan, ekonomi, dan juga psikologi. Ertinya solat menggambarkan ajaran Islam secara ijmali ( rangkuman ).


13. Merupakan penyembahan atau peribadatan yg paling lengkap, krn segala bentuk ibadah dan zikir para malaikat wujud di dalam solat.


14. Merupakan zikir yg paling agung dan besar, krn seluruh bentuk zikir ada dlm solat.


15. Merupakan peribadatan dimana semua anggota lahir dan batin terlibat, ada yg bersifat fizikal dan juga maknawi serta rohani.


16. Dalam solat, semua doa ada..banyak permintaan boleh dibuat dalam solat.


17. Pelbagai amalan para rasul ada dalam solat.


18. Solat merupakan mikraj org mukmin dengan Tuhannya.


19. Pada solat ada latihan jasmani, mental dan rohani.


20. Solat merupakan simbol kita merendah diri, ketaatan dan kepatuhan serta simbol manusia berdiri di padang mahsyar seolah-olah berhadapan dengan Tuhan menunggu perintahNya.


21. Solat merupakan pembaharuan syahadah dan iman.


22. Solat merupakan pembaharuan ikrar manusia kpd Tuhan sehari semalam.


23. Solat merupakan pembersihan jiwa dan dosa.


24. Solat merupakan tanda diri kita hanyalah hamba, bukan tuan.
25. Solat mengajar kita membina dan memimpin empayar.

5 komen....:

yushafieza July 30, 2009 at 11:51 AM  

hmmm dah cuba dah nak solat tu..
tp kdg2 setan lebih kuat dlm diri, tu la mslhnya =(

siti murni July 30, 2009 at 7:08 PM  

berazam nak cukupkan 5 waktu..masih tak tercapai..

Encik NoRT July 31, 2009 at 9:26 AM  

yup...aku pon x brapa bagus la... memang susah nak cukupkan 5 nih...

akudinda July 31, 2009 at 6:53 PM  

insaf2...
wa punya lattop dah kena format...
byk virus....
masalah2...

Encik NoRT July 31, 2009 at 10:50 PM  

to akudinda = adeh la..jenuh ar bro

Post a Comment

Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog