sahabat yang ku sayangi
inginku sampaikan walau di kejauhan
betapa ku bersyukur
dikurniakan sahabat sepertimu
membimbingku tanpa jemu
menyeretku jauh dari lorong kejahilan
sahabat yang ku kasihi
biarku suarakan
tanpa keriuhan
biarku paparkan
tanpa persembahan
betapa hati ini sayu
bila berjauhan darimu
sahabat setiaku
terima kasih ribuan kata
kerana menemaniku
tatkala suka dan duka
sahabat karibku
maaf sejuta ayat
andai aku pernah melukakan hatimu
sahabatku
jauh di sudut hati ini
masih banyak untuk ku suarakan
namun apakan daya
tidak mampu untuk ku nyatakan lagi
kerana ia terlalu sukar
sukar untuk diluahkan dengan rasa
sukar untuk ditutur dengan bahasa
yang pasti sahabatku
kesetiaan dan pengorbananmu
pasti tidak kulupakan
terima kasih sahabat setiaku
kerana akhirnya meninggalkanku....
4 komen....:
(salam, bro apa kaba? sht ke? camne life? lama tak masuk blog bro, soryyy..hehehe)
mendalam bro, sedih ar entri ni.. inilah bro nort dan kreativitinya..salute!
selamat..
AIZAT - Ada ler...sihat mcm aku ler.. hg pon lama x nmpak..ada gak singgah blog tu..tp sunyi..huhuhu...
Nort.hehe, aku merajuk ngan dunia maya. tu lama aku tak dtg,hehehe.. tu ar kan, aku berazam nak rajin ber-blog mcam dulu2 (angan-angan aku)..
ok la bro, senang2 msk blog saya, insyallah tak sunyi dah..
AIZAT - hehehe... nti aku singgah jat... nak berblog ni..kalo beruk cik aben nih okey...br best, kalo semput..tu yg malas nak berblog
Post a Comment