Rumput Oh Rumput.....
10 Faedah Utama Rumput.
1. Menghalang hakisan tanah. Kawasan yang berumput akan mengurangkan hakisan air berbanding tanah lapang yang botak.
2. Mengurangkan habuk. Tanah lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.
3. Mengelakkan larian permukaan. Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya. Kawasan berumput juga boleh membantu kawasan sekitaran untuk lebih lambat 'banjir kilat' berbanding kawasan yang di litupi bahan-bahan yang tak menyerap air seperti konkrit, tar, jubin dan sebagainya, kerana ia mampu menyerap dan memperlahan kan pergerakan air.
4. Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya. Ini relevan untuk kawasan yang mempunyai masalah bahan kimia atau lain-lain cemaran berbentuk cecair.
5. Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar. Ia akan menghalang dari partikel tersebut naik semula menjadi cemaran.
6. Membekalkan oksigen. Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).
7. Penyejukkan. Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyerap haba dan seterusnya menyejukkan kawasan sekelilingnya.
8. Kecantikkan. Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata.
9. Nilai hartanah. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai (atau mengadap) kawasan rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding di penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.
10. Kawasan sukan dan rekreasi. Rumput yang sesuai boleh digunakan
untuk kawasan rekreasi ataupun padang sukan.
Makan Luar ye?
Suatu hari, sedang Kak Jah jemur kain yang baru dibasuhnya dengan washing machine pagi tadi, dia ternampak si Lina, jiran sebelahnya, menangis teresak-esak dekat buaian di laman rumahnya.
Memandangkan Kak Jah ni lebih tua dari Lina, dia merasa simpati melihat Lina ni asyik menangis dan cuba nak menasihati beliau. Lalu dia bertanya kepada si Lina
"Apa kena ngko Lina, menangis teresak-esak ni?"
Lina pun jawab, "Bang Azhar tu haaa.. Lina dapat tahu dia 'makan luar'
Kak Jah pun menyirap bila dengar suami jirannya makan luar, lalu dia pun mencelah
"Tu lah Lina, berapa kali akak dah cakap dah!!
Orang laki sekarang bukan boleh percaya lagi Lina!
Kita ni kerja teruk teruk nak bantu keluarga, dia senang senang je cari pompuan lain! "
Kak Jah sambung lagi, "Suami ngko ni Lina, nampak saja gemuk, tapi jangan ingat lelaki gemuk ni takde nafsu! Sama je macam laki lain! Lelaki sekarang memang hampehhhhh!!! " Berapi betul mulut Kak Jah.
Lina yang tadinya diam, lalu menyampuk
"Eh? Apa benda yang akak cakap ni?
Suami saya bukan ada affair dgn pompuan lain. Dia katanya nak diet. Jadi saya sediakanlah bekal nestum untuk lunch dia. Bila balik rumah, saya tengok rupanya dia tak makan nestum tu. Dia makan kat kedai mamak dengan kekawan dia. Tu yang Lina marah tu, macam kena tipu! "
"Laahhhh ye ke Lina?? Errrrr... oklah Lina, akak masuk dalam dulu. Rasanya anak akak dah bising tu nak makan. Errr.. nanti kirim salam lah kat suami ngko tu ye. "
Kak Jah cepat cepat masuk rumah lepas tu. Mukanya merah padam, sebab tuduh melulu tadi.
Jangan cepat melemparkan tuduhan sebelum menyelidik secara menyeluruh. Kekadang kita ni mudah sangat nak buruk sangka dengan orang lain hanya kerana kita kerap memandang rendah terhadapnya. Itu yang sikit sikit, kita suka menuduh nuduh yang bukan bukan.
Baiti Jannati....
Menjejak Jalan Selamat
Alangkah sedih hati ini
Umat Islam tidak dihormati
Hilang maruah dan harga diri
Musuh galak ketawa mencaci
Menjadi mangsa huru-hara
Disembelih bak haiwan melata
Kasihan nasib kecil menangis hiba
Mendakap ibu yang tidak bernyawa
Kenapakah ini semua terjadi
Umat Islam diseksa dihina
Allah lepaskan tanpa bantuan
Membiarkan musuh bertindak kejam
Mungkin ianya suatu kifarah
Hukuman dunia beserta tarbiah
Kemungkaran umat tidak dicegah
Datanglah ketetapan balasan Allah
Kita tak ingin menanggung azab
Membiarkan musuh berlaku biadab
Tegakkan iman bangunkan syariat
Mudahan selamat dunia akhirat
Simptom-Simptom H1N1 di SKKS!!!
- SMK Kg.Selamat dah ditutup seminggu... sesapa pon x leh kuar dr kawasan tu termasuk yg stay kat kuarters....Tp yg geramnye,ada sorang budak terlepas dari pandangan pengawal keselamatan skolah tu n datang ke skolah...BUDAK TU MATA MERAH BADAN PANAS!!!
- Ada 2 orang bradik murid aku,adik diaorg dah ditahan di Hospital Kulim coz alami simptom2 H1N1... tapi,diaorang ni datang jugak ke sekolah!
- Ada 1 famili tu...dari ayahnye,maknye...adik2nye pon demam...n dia datang gak ke sekolah n dia pon demam!
- Ada murid yg demam berpanjangan dari minggu lepas tapi masih datang ke sekolah pagi ni...
- Ramai gak murid yg alami panas2 badan...batuk n selsema....
Persoalannya....
- Ermmm...salahkah aku wat tindakan ni (bw check up kat klinik) demi keselamatan murid2? Aku cekgu bertugas da! Apa2 hal,orang tetap tuding jari kat aku gak!!
- Tidakkah diaorang tau aku bukan suka suki je datang sini dok menari melompat2 suka hati x ngajar? Kami x makan dari pagi semata2 nak jaga budak2 nih! Ada orang kesah? Pnah ke slama ni aku ke skolah x ngajo?
- Nape ada parent masih degil n suruh anak diaorang dtg gak ke sekolah kalo anak diaorang demam? Nape!!!! Nak senangkan diri korang je ke? Ingat la sket.....