Monolog Dari Aku....

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati........ Biarkan apa yg tercatat disini menjadi kenangan saat pemergianku...

Kenapa!!!!!!!!!!!!!!

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih
hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu’min, diri, harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Kongsi...

1. Sebatang rokok boleh memusnahkan 25 hingga 100 miligram Vitamin C

2.Orang yang sudah berumur tidak mendapat cukup Vitamin D kerana kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari.

3.Kanak-kanak memerlukan lebih protein berbanding orang dewasa (kira-kira satu setengah hingga dua kali ganda per paun daripada berat badan) manakala bayi pula memerlukan tiga kali ganda lagi.

4.Vitamin B1 boleh mengurangkan mabuk laut dan udara

5.Flavonoids yang ditemui dalam anggur merah mempunyai kuasa 1,000 kali jika dibandingkan dengan Vitamin E

6.Pengambilan suplemen Vitamin E boleh mengurangkan sakit jantung

7.Untuk mengekalkan Vitamin B dan C, jangan rendam sayur-sayuran anda. sebaliknya terus basuh.

8.Beras perang atau merah adalah lebih sihat berbanding beras putih

9.Stainless steel, kaca dan bekas makanan berenamel adalah lebih bagus jika anda ingin mengekalkan nutrien makanan

10.Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang lebam akan kehilangan Vitamin A dan C

Powered By Blogger

Blog Archive

Teman blog