Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Landscape
Peraturan asas bina taman idaman
TAMAN yang indah tampil dalam pelbagai bentuk dan saiz serta mempunyai personaliti tersendiri.
Menilai sebuah taman seperti menilai hasil seni tinggi. Bagi membantu mewujudkan taman impian, diberikan beberapa panduan asas:
Keluasan
# Ia adalah asas penting bagi pembentukan sebuah taman. Warna dan tekstur akan datang dan pergi mengikut musim tetapi apabila menentukan keluasan dan mula membentuk taman, ia tidak mudah untuk diubah lagi.
# Sentiasa perhatikan ruang dan persekitaran kediaman serta kawasan taman berdekatan untuk dijadikan panduan.
Sebuah taman herba sangat ideal bagi kediaman kecil tetapi pastinya janggal bagi sebuah rumah teres yang mempunyai kawasan sangat luas.
Tekstur
# Ia memberi bentuk dan kesan mendalam bagi sebuah taman. Tanaman berdaun yang bertekstur halus seperti paku-pakis atau ati-ati pastinya menggamit tetamu untuk mendekatinya.
# Bagi menghidupkan kombinasi di taman, tanaman berdaun runcing dan rumput hiasan adalah cara terbaik tetapi jika terlalu banyak pokok yang mempunyai tekstur sama, ia pasti membosankan.
Kesan bunyi
# Kesan bunyi di taman antara elemen penting yang sering diabaikan. Jika ia dimasukkan dalam taman, hasilnya pasti memuaskan.
# Fikirkan apa yang lebih praktikal sama ada menanam tumbuhan renek merimbun atau membuat binaan air terjun sebagai terapi tetapi keselamatan jangan diabaikan.
Struktur
# Ia bukan melambangkan binaan atau hiasan saja tetapi secara keseluruhan merangkumi laluan, dinding, pokok besar, atau elemen lain yang membentuk taman.
# Struktur ini menentukan keluasan taman dan bertindak sebagai penanda arah kawasan persekitaran .
# Struktur boleh juga dikategorikan sebagai hiasan pengindahan taman seperti pergola, bangku dan patung.
ragam penyusunan ini menentukan suasana taman sama ada penuh dengan kedamaian atau tidak.
Warna
# Faktor ini juga penting bagi mewujudkan sebuah taman yang tidak hambar.
Lakukan sedikit eksperimen bagi menentukan apa disukai. Mungkin boleh mencuba pelbagai warna di kawasan berlainan.
# Fikirkan juga aspek warna pada daun, batang pokok, dan buah-buahan yang tidak bermusim selain warna pada hiasan taman.
Pencahayaan
# Boleh dihasilkan secara semula jadi atau buatan. Perhatikan pergerakan cahaya matahari. Kedudukan tanaman, struktur dan lampu mempengaruhi pembentukan sebuah taman itu. Anda mungkin berasakan tidak perlu untuk menyediakan lampu taman, kerana jarang ke situ pada waktu malam tetapi sebenarnya jika mempunyai cahaya di situ ia pastinya menarik untuk mendapatkan ketenangan.
# Cuba praktikkan penggunaan sumber cahaya dengan sepenuhnya seperti lilin, unggun api, lampu taman, atau cahaya semula jadi seperti matahari dan bulan.
10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
Kembali bersiaran
buat sorang kawan baik aku....
Jangan putus asa bro..ada jodoh hang tu nanti.....InsyaAllah...
Kenapa!!!!!!!!!!!!!!
Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
rasa FRUST?
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih
hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu’min, diri, harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Kongsi...
1. Sebatang rokok boleh memusnahkan 25 hingga 100 miligram Vitamin C
2.Orang yang sudah berumur tidak mendapat cukup Vitamin D kerana kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari.
3.Kanak-kanak memerlukan lebih protein berbanding orang dewasa (kira-kira satu setengah hingga dua kali ganda per paun daripada berat badan) manakala bayi pula memerlukan tiga kali ganda lagi.
4.Vitamin B1 boleh mengurangkan mabuk laut dan udara
5.Flavonoids yang ditemui dalam anggur merah mempunyai kuasa 1,000 kali jika dibandingkan dengan Vitamin E
6.Pengambilan suplemen Vitamin E boleh mengurangkan sakit jantung
7.Untuk mengekalkan Vitamin B dan C, jangan rendam sayur-sayuran anda. sebaliknya terus basuh.
8.Beras perang atau merah adalah lebih sihat berbanding beras putih
9.Stainless steel, kaca dan bekas makanan berenamel adalah lebih bagus jika anda ingin mengekalkan nutrien makanan
10.Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang lebam akan kehilangan Vitamin A dan C
Madah blues....
kejayaan ditempa dari keringat & kesusahan !!!
bukan dari tilam empuk & makanan yang enak.....
Selamat Menghadapi Peperiksaan....
Cikgu2 dah tolong setakat mampu...ari ni anda la penentu kejayaan anda sendiri...isi...tanda..jawab soalan2 tu dgn teliti...dengan mata hati...bukan mata tuli.....
Andai kamu tidak beroleh kejayaan kelak...jangan hampa... asalkan kamu masih menjadi seorang anak yg sedar tanggungjawab...para guru tumpang genbira dari jauh...walaupun kalian tidak akan tunjuk muka pada guru2 setelah kalian berjaya.....
Hargailah yang tersayang sementara masih berpeluang....
Sengaja aku post entry ni..sekadar renungan dan buat santapan rohani kita smua yang semakin terleka akan SATU TANGGUNGJAWAB nie..... MAAFKAN AKU KALO ENTRY NI MENYINGGUNG ATI SESAPA...............
H1N1?
oleh Ibnuyaacob
Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.
Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.
Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas.
Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya?
Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.
Artikel konspirasi Selsema Babi
- Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1) - permulaan pembinaan virus di Amerika Syarikat
- Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2) - Projek senjata biologi Amerika dan virus.
- Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3) - projek virus rahsia Israel yang diketahui Russia
sumber :
http://ibnuyaacob.com/?p=1099
Rahsia Nikmat nya Puasa...
5 rahsia nikmati ibadat puasa
DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.
Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.
Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.
Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)
Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.
Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.
Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.
Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.
Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.
Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.
Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.
Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.
Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).
Ujan dan ayat blues...
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka…..
Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua…..
Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri…..
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi…….
Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api…..
Salam Ramadan
Maaf agak lama nyepi..Alhamdulillah..smua dah sihat... Salam ramadan buat kawan2 bloggers....
Ramadan dtg lagi...kali ke 2 Ramadan aku tanpa Abah... dia "pergi" lg 2 ari nak posa tahun lepas... Cukup trasa time tu...cukup terpukul time tu... saat2 aku nak raikan kemasukan aku ke rumah yg aku beli nih...
- Rabu-petang tu...aku ke Kulim...nak amik geran moto..aku setel awal duit moto ni..pasal nak bagi geran kat Abah aku pasal mmg niat sgt nak bagi kat dia moto tu... Tapi,kedai x sempat siapkan..ari Sabtu baru leh mai amik balik....
- Khamis....mlm tu baca Yassin sempena UPSR kat skolah....tetiba aku rs sebak sgt aku nak habiskan bacaan Yassin tu...x pnah pon seumur idup aku sebak camtu time baca Yasin...Last aku sebak bc Yassin,time Abah aku koma 2 minggu-jatuh bumbung time repair bumbung umah tok aku......Time tu aku masih di Maktab... Sebelum tu,petang...mak col,bgtau..diaorang jadi nak dtg umah aku..aku wat kenduri doa selamat ari Sabtu sempena stay umah baru....
- Jumaat,balik skolah..p confirm lagi skali dgn ayah mertua..tanya pasal org masjid..jadi ke nak dtg baca Yassin esok (Sabtu).... Pastu..aku stil kemas rumah coz excited utk esok.... Jam 2:45 petang..lepas Jumaat... Adik aku col...."ABAH REBAH! X SEDAQ!!!!! Fuh! menggigil aku! tros aku tinggalkan umah yang bersepah dgn tong cat... pesan kat kawan aku utk tgok2 umah aku..aku nak balik kampung... P amik wife... pastu tros balik...dlm pjalanan..col umah mak..byak kali x berjawab..aku x senang ati... Jam 3:05! Ada adik aku jawab... "ABAH DAH X DAK"!!!!! Ya Allahhhh!!!! Menggigil aku drive....stop tepi...mcm x caya! Puas wife aku tenangkan aku.... Sampai umah..Abah dah terbaring kaku... Aku terduduk sebelah Abah.... Aku pegang dia...sejuk... Aku dengar dengup jantung dia..x de lg..Aku pegang lengan dia...mmg sepi... Pastu,mak aku kata... "dah la abg...mmg abah dah x dak....Tadi ambulan dah mai....Depa yang sahkan kata x dak.." Terdiam aku..... Gelap aku rasa... Arwah hembus nafas lepas solat Jumaat..lepas makan nasi..time nak duduk,dia macam tersembah bumi....hembus nafas atas riba mak aku...tu yg paling aku sedey bila dgar mak citer.. Dia selamat dikebumikan malam tu jugak.... Paling ramai org dtg solat jenazah kat kampug aku... Arwah mmg bagus dgn smua org... Aku kagum
- Sabtu...Kenduri umah aku dibatalkan..jemaah masjid terkejut bila aku bgtau tlg wat Yassin utk arwah abah aku...bukan Yassin utk masuk umah baru....
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
Sakit ke aku nihhhh
dr mlm td aku kureng sehat... aduss.. tetiba lak sakit tekak..langsung x study coz tetido lak...mabuk ubat kot...sedar2...ade game Real Madrid lak..hahahha..layan jap..pastu sambung tido...
tgahari - exam kat OUM...cam hampeh je..nak jawab pe...study pon x.. sib baik la paper besa2 je.. leh goreng la sket..tp x tau la rentung ke x..aku kuar awal... exam kul 2..kul 2.45 aku dah kuar... huahuahua.. mampos aku kali nih.. tekak x slesa...muka lak btopeng je...
petang - p klinik..skali doktor x de la..hampeh nyer service! tanya yg jaga kaunter...bila doktor nak ada? diaorg cakap "X TAU!!" binawe toi! P ushar klinik lain..adeh! REHAT le plak..gila rehat smpai kul 5! aduss..ni kalo la emergency..leh mati katak cam tu je...last2...kna la p klinik yg lg 1..sib baik doktor ade..ceh! nak amik ubat pon susah mcm nak p cari tok mudim je! Ermm..doktor bgtau..aku juz kna jangkitan tekak.. ooo..itu macam ka? badan aku x panas pon..cuma x slesa sakit tekak tiba2.. cuaca panas melampau..pastu tiba2 lak ujan..mau nyer x jadi cam nih..
ok ar..malas nak taip byk2...nak wat soklan exam kat bebudak aku lak... esok nak kna submit weiii!! ntah leh siap ke x ni....
Salam Takziah
"Hello....Ermm..anak aku dah x dak...sat lagi baru nak bawak balik...la ni aku kat spital lagi..." -----Ermm...kesian lak aku dgar.. syahdu je dgar.. anak dia,x cukup bulan..baru 5 bulan..tp nak wat camner,dah ajal kan.. Allah lebey tahu..lebey paham nape 'Dia' wat mcm tu... "Dia" x kan duga kita kalo kita x mampu.... Lepas Maghrib,aku tros col Anuar.. Ajak p skali..aku dgn wife n Insyirah.. Jenazah di semayangkan lepas solat Isya..Time Nizam bawa jenazah anaknya td,tringat aku time aku usung arwah adik aku...Nurul Fatihah... Dia pun x cukup bulan..tapi cukup sifat n idup dlm bekas kaca 2 minggu kat Spital BM.. time tu aku kat Irshad lagi...lama dah... Buat Nizam sekeluarga... Salam Takziah dr aku n famili...
- Malam ni ingat nak study..Khamis ni aku exam...so,aku amik cuti tanpa rekod..adeh..langsung x ready..blasah je la..huahuahua...Buka buku..ngantuk,nak bagi ngantuk je..kna bukak buku...adoiiii
- Pasal Produk HPM tu,Jus Mate5...nanti aku bikin blog yg berasingan...malas gak aku campur adukkan dlm blog nih... Pepun,aku baru turun 4 kg..adoi la...lambatnye! x pe la..aku pon bukan jenis didiplin tggi kalo bab makan ni..kira ok gak la... hahahahaha...
- Khamis ni da la x p skolah..Jumaat lak kna submit kertas soklan..Kali ni aku kna wat Maths dgn Sains Year 2... Esok la aku start sambil2 study..lgpun exam kul 2...
- Pepun,skrg mau rehat2...berkebun d FB...huahuahuahua..meh la join..
Kenangan....
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh, tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan. Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata; Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan; Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan; Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu
Pipit semakin jauh.......
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh, tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan. Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata; Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan; Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan; Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu
Innalillah....
Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar. Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini. Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri
Sakit.....
I am but three,
my eyes are swollen
I cannot see.
I must be stupid,
I must be bad,
what else could have made
my daddy so mad?
I wish I were better,
I wish I weren't ugly,
then maybe my Mommy
would still want to hug me.
I can't speak at all,
I can't do a wrong
or else I'm locked up
all the day long.
When I awake I'm all alone
the house is dark
my folks aren't home.
When my Mommy does come
I'll try and be nice,
so maybe I'll get just
one whipping tonight.
Don't make a sound!
I just heard a car
my daddy is back
from Charlie's Bar.
I hear him curse
my name he calls
I press myself
against the wall.
I try and hide
from his evil eyes
I'm so afraid now
I'm starting to cry.
He finds me weeping
he shouts ugly words,
he says its my fault
that he suffers at work.
He slaps me and hits me
and yells at me more,
I finally get free
and I run for the door. He's already locked it
and I start to bawl,
he takes me and throws me
against the hard wall.
I fall to the floor
with my bones nearly broken,
and my daddy continues
with more bad words spoken.
'I'm sorry!' I scream
but its now much too late
his face has been twisted
into unimaginable hate.
The hurt and the pain
again and again
oh please God, have mercy!
oh please let it end!
And he finally stops
and heads for the door,
while I lay there motionless
sprawled on the floor.
My name is Sarah
and I am but three,
tonight my daddy
murdered me.
There are thousands of kids out there just like Sarah. And you can help
It sickens me to my soul, and if you just read this and don't pass it on I pray for your forgiveness, because you would have to be one heartless person to not be affected by this email. And because you are affected, do something about it!! So all I am asking you to do is take some time to send this on and acknowledge that this stuff does happen, and that people like her dad do live in our society, and pray for child abuse to wither out and die, but also pray for the safety of our youth.
Rumput Oh Rumput.....
10 Faedah Utama Rumput.
1. Menghalang hakisan tanah. Kawasan yang berumput akan mengurangkan hakisan air berbanding tanah lapang yang botak.
2. Mengurangkan habuk. Tanah lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.
3. Mengelakkan larian permukaan. Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya. Kawasan berumput juga boleh membantu kawasan sekitaran untuk lebih lambat 'banjir kilat' berbanding kawasan yang di litupi bahan-bahan yang tak menyerap air seperti konkrit, tar, jubin dan sebagainya, kerana ia mampu menyerap dan memperlahan kan pergerakan air.
4. Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya. Ini relevan untuk kawasan yang mempunyai masalah bahan kimia atau lain-lain cemaran berbentuk cecair.
5. Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar. Ia akan menghalang dari partikel tersebut naik semula menjadi cemaran.
6. Membekalkan oksigen. Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).
7. Penyejukkan. Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyerap haba dan seterusnya menyejukkan kawasan sekelilingnya.
8. Kecantikkan. Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata.
9. Nilai hartanah. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai (atau mengadap) kawasan rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding di penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.
10. Kawasan sukan dan rekreasi. Rumput yang sesuai boleh digunakan
untuk kawasan rekreasi ataupun padang sukan.
Makan Luar ye?
Suatu hari, sedang Kak Jah jemur kain yang baru dibasuhnya dengan washing machine pagi tadi, dia ternampak si Lina, jiran sebelahnya, menangis teresak-esak dekat buaian di laman rumahnya.
Memandangkan Kak Jah ni lebih tua dari Lina, dia merasa simpati melihat Lina ni asyik menangis dan cuba nak menasihati beliau. Lalu dia bertanya kepada si Lina
"Apa kena ngko Lina, menangis teresak-esak ni?"
Lina pun jawab, "Bang Azhar tu haaa.. Lina dapat tahu dia 'makan luar'
Kak Jah pun menyirap bila dengar suami jirannya makan luar, lalu dia pun mencelah
"Tu lah Lina, berapa kali akak dah cakap dah!!
Orang laki sekarang bukan boleh percaya lagi Lina!
Kita ni kerja teruk teruk nak bantu keluarga, dia senang senang je cari pompuan lain! "
Kak Jah sambung lagi, "Suami ngko ni Lina, nampak saja gemuk, tapi jangan ingat lelaki gemuk ni takde nafsu! Sama je macam laki lain! Lelaki sekarang memang hampehhhhh!!! " Berapi betul mulut Kak Jah.
Lina yang tadinya diam, lalu menyampuk
"Eh? Apa benda yang akak cakap ni?
Suami saya bukan ada affair dgn pompuan lain. Dia katanya nak diet. Jadi saya sediakanlah bekal nestum untuk lunch dia. Bila balik rumah, saya tengok rupanya dia tak makan nestum tu. Dia makan kat kedai mamak dengan kekawan dia. Tu yang Lina marah tu, macam kena tipu! "
"Laahhhh ye ke Lina?? Errrrr... oklah Lina, akak masuk dalam dulu. Rasanya anak akak dah bising tu nak makan. Errr.. nanti kirim salam lah kat suami ngko tu ye. "
Kak Jah cepat cepat masuk rumah lepas tu. Mukanya merah padam, sebab tuduh melulu tadi.
Jangan cepat melemparkan tuduhan sebelum menyelidik secara menyeluruh. Kekadang kita ni mudah sangat nak buruk sangka dengan orang lain hanya kerana kita kerap memandang rendah terhadapnya. Itu yang sikit sikit, kita suka menuduh nuduh yang bukan bukan.
Baiti Jannati....
Menjejak Jalan Selamat
Alangkah sedih hati ini
Umat Islam tidak dihormati
Hilang maruah dan harga diri
Musuh galak ketawa mencaci
Menjadi mangsa huru-hara
Disembelih bak haiwan melata
Kasihan nasib kecil menangis hiba
Mendakap ibu yang tidak bernyawa
Kenapakah ini semua terjadi
Umat Islam diseksa dihina
Allah lepaskan tanpa bantuan
Membiarkan musuh bertindak kejam
Mungkin ianya suatu kifarah
Hukuman dunia beserta tarbiah
Kemungkaran umat tidak dicegah
Datanglah ketetapan balasan Allah
Kita tak ingin menanggung azab
Membiarkan musuh berlaku biadab
Tegakkan iman bangunkan syariat
Mudahan selamat dunia akhirat
Simptom-Simptom H1N1 di SKKS!!!
- SMK Kg.Selamat dah ditutup seminggu... sesapa pon x leh kuar dr kawasan tu termasuk yg stay kat kuarters....Tp yg geramnye,ada sorang budak terlepas dari pandangan pengawal keselamatan skolah tu n datang ke skolah...BUDAK TU MATA MERAH BADAN PANAS!!!
- Ada 2 orang bradik murid aku,adik diaorg dah ditahan di Hospital Kulim coz alami simptom2 H1N1... tapi,diaorang ni datang jugak ke sekolah!
- Ada 1 famili tu...dari ayahnye,maknye...adik2nye pon demam...n dia datang gak ke sekolah n dia pon demam!
- Ada murid yg demam berpanjangan dari minggu lepas tapi masih datang ke sekolah pagi ni...
- Ramai gak murid yg alami panas2 badan...batuk n selsema....
Persoalannya....
- Ermmm...salahkah aku wat tindakan ni (bw check up kat klinik) demi keselamatan murid2? Aku cekgu bertugas da! Apa2 hal,orang tetap tuding jari kat aku gak!!
- Tidakkah diaorang tau aku bukan suka suki je datang sini dok menari melompat2 suka hati x ngajar? Kami x makan dari pagi semata2 nak jaga budak2 nih! Ada orang kesah? Pnah ke slama ni aku ke skolah x ngajo?
- Nape ada parent masih degil n suruh anak diaorang dtg gak ke sekolah kalo anak diaorang demam? Nape!!!! Nak senangkan diri korang je ke? Ingat la sket.....